Bab 60

10.5K 270 28
                                    

   

   Aku membetulkan tudung yang terselak kerana angin kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Aku membetulkan tudung yang terselak kerana angin kuat. Mata meliar memerhatikan setiap susuk tubuh yang lalu lalang.

"Woi. Kau dengar tak apa aku tanya?"

"Hah? Apa benda?" Tanya aku dengan kepala yang laju menoleh ke arah kanan.

"Ish kau ni. Penat lah asyik mengelamun kerja. Itulah orang kata jangan ego, tapi kau degil. Lepastu terangau-angau bekas suami." Kata Shasha sambil menjeling aku tajam.

"Hello? Excuse me. Sejak bila pula aku angaukan dia? Takda maknanya lah. Aku cuma terfikirkan sesuatu." Kata aku.

"Cerita lah. Apa jadi?" Shasha mencuit bahu aku.

"Rayden, dia luahkan perasaan dia dekat aku haritu. Aku...tak pernah tahu yang dia cintakan aku selama ni." Luah aku lalu mengigit seketul nugget yang dibeli.

"Weh? Sumpah? Selama ni tu maksudnya apa?" Tangan aku digoncang kuat.

"Selama 3 tahun aku dekat sini, dan selama aku kerja dengan dia. So total dalam 4 tahun macam tu lah." Jawab aku mendatar.

"Allahuakbar lamanya? Lepastu kau jawab apa?"

Kunyahan aku terhenti lalu aku melepaskan keluhan.

"Tak jawab apa-apa. Sampai sekarang aku tak cakap apa-apa. Dia pun sama. Lepas apa jadi dia tenang ja aku tengok." Kata aku.

"Ya Allah Mikayla Hareesa oi! Kau tu dah 24 tahun, cubalah guna otak tu sikit. Dia dah luah perasaan dekat kau, tapi kau tak jawab. Kau expect dia nak luah lagi? Memang tak lah." Lengan aku ditamparnya.

"Mana lah aku tahu nak jawab apa. Kekok tahu tak? Lagipun entah lah, aku takut nak percaya." Aku tertunduk sedikit.

"Tak semua lelaki sama Reesa. Even lelaki yang pernah memberi sakit hebat dalam hati kau pun dah jadi orang yang lebih baik, apatah lelaki lain?" Jawab Shasha.

"Mana kau tahu Zuhal dah jadi lebih baik?" Aku memandangnya dengan kerutan di dahi.

"Alamak, aku dah terlewat! Aku kena gerak dah ni, nanti sampai KL lewat pula." Kelam kabut Shasha menggalas begnya.

"Sha!! Eee kau ni!"

"Sorry Reesaku sayang, nanti kita sambung eh. Love you!!!" Laung dia dari jauh.

Aku berdiri, dan menapak ke tong sampah berdekatan. Plastik makanan di buang.

"Reesa?"

Kepala aku terlangut. Hariz!

"Eh Hariz? Macam mana awak boleh ada sini?" Tanya aku dengan senyuman nipis.

"Saja teman Ayyan dekat sini. Tapi katanya harini dia bawa Zayra keluar, jadi saya keluarlah seorang diri. Tak tahu pula jumpa awak dekat sini." Kata dia.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now