Bab 63

8.5K 270 33
                                    

Telapak tangan dibawa ke atas dahi, bagi menghalang sinaran matahari dari terkena wajah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Telapak tangan dibawa ke atas dahi, bagi menghalang sinaran matahari dari terkena wajah. Panas! Mata melekat di hadapan, tempat Zayra Alana bermain. Tersungging senyum kecil di bibir aku melihat dia bergelak ketawa bersama kanak-kanak lain.

Tangan aku dijatuhkan ke sisi setelah sinaran matahari tiba-tiba hilang. Gelap. Bayang siapa pula dah? Aku dongakkan kepala dan menoleh ke belakang.

"Zuhal," tegur aku, kepala kembali tertoleh ke hadapan. Aku menjemputnya ke sini. Memberikan Zayra meluangkan masa dengan daddynya.

"Boleh abang duduk?" tanya dia.

Aku anggukkan sahaja kepala sambil menggerakkan punggung ke kiri sedikit, memberikan dia ruang.

"Dah tahu panas, pakai lah payung ka topi ka," kata Zuhal, topi di kepalanya diletakkan di atas kepala aku.

"Ish tak payahlah Zuhal. Saya okay ja lah." Aku tepis tangannya.

"Pakai Mikayla." Dia merenung aku tajam.

Aku dengus perlahan, membiarkan topi di atas kepala aku. Mata kembali tertancap pada Zayra Alana.

"She's happier now," kata aku sambil tersenyum nipis.

"Hah? Kenapa?" Zuhal mengerutkan dahinya apabila aku menatap matanya sekilas lalu.

"Because you're here. Sebelum ni dia ada Rayden saja. Sekarang, dia dah ada daddy dia sendiri," jawab aku sambil kepala kembali ditolehkan merenung sisi wajahnya lama. Perbualan dia bersama pakcik di masjid tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga aku.

"Abang minta maaf lambat cari Kayla dan anak kita. Maafkan abang."

Aku sedar dia merenung aku dengan ekor matanya, namun aku abaikan saja. Aku menyandarkan tubuh ke kerusi dan menarik nafas dalam.

"Awak selalu salahkan diri awak dalam hal ni Zuhal. Padahal saya yang salah. Menidakkan hak awak bertahun lamanya. Sembunyikan Zayra dari awak. Saya yang salah, bukan awak." Mata aku menatap wajahnya.

"Bagi abang, semua yang terjadi ni salah abang. Kalaulah abang tak berlaku kejam pada Kayla, semua ni takkan terjadi kan? Kayla tak akan lari, Kayla tak akan sembunyikan Zayra dan abang tak akan kehilangan kedua-dua pemilik hati abang." Dia tersenyum hambar.

"Boleh awak ajak mummy dan daddy ke sini? Saya rindukan mereka. Kalau tak boleh, saya akan ke sana," kata aku setelah memikirkan hal ini semalaman.

"Ya Allah. Betul ka ni?" Suaranya teruja.

"Ya. Saya nak minta maaf pada mummy dan daddy. Lagipun....saya rindukan mereka sangat." Aku tertunduk, bermain dengan jari-jemari.

"Okay, kejap abang call daddy." Dia bingkas bangun dan bergerak menjauhi kami.

"Zayra!! Sini sayang," laung aku dengan kuat.

"Why mummy?" Tanya Zayra dengan termengah-mengah.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now