LEBIH kurang seminggu sahaja sebelum peperiksaan akhir aku bermula. Entah boleh atau tidak aku jawab nanti. Bertubi-tubi masalah dan dugaan datang menghempap aku.
Dengan hanya mengenakan hoodie dan seluar straight cut, berserta selendang, aku melangkah keluar dari bilik. Walaupun Doktor Damia sudah menasihati aku untuk berehat, tetapi sampai bila pula aku nak ponteng kelas? Sudahlah exam makin hampir.
"Kau nak kemana ni?"
Zuhal menghampiri aku. Sarapannya ditinggalkan.
"Kelas lah. Harini Isnin kan."
Tiba sahaja dia di hadapan aku, automatik kepala aku terdongak memandangnya. Maklumlah, aku paras dadanya sahaja.
"Naik moto?"
Aku menjelingnya.
"Taklah. Kapal selam." Aku terus mengorak langkah ke pintu.
"Mikayla, aku tak habis cakap lagi kan?" Suaranya tidak selembut tadi.
"Yelah. Kenapa?"
"Aku hantarkan kau. Tunggu kejap."
Laju kakinya melangkah ke dapur, mengemaskan sisa makannya. Kot yang tergantung di kerusi di pakai. Mata aku mengimbasnya sekali lalu. Berkemeja merah gelap, seluar slack hitam dan kot hitam.
"Tak payah la hantar saya. Saya boleh pergi sendiri." Aku bersuara apabila pintu rumah sudah dibukanya.
"Kenapa? Salah kalau aku nak hantar isteri sendiri?" Dia mengerling aku sambil memakai kasutnya.
"Bukan awak yang cakap masa kita awal-awal kita nikah haritu? Kononnya awak taknak siapa pun tahu yang awak suami saya?"
Sengaja aku mengingatkannya. Senyum kecil terbit di pinggir bibir aku setelah melihat tangannya terhenti apabila mendengar soalan aku.
"Takkan ada siapa yang nampak pun muka aku. Jadi tak ada masalah kan?"
Bidasnya dengan tenang. Aku berdecit perlahan.
"Masuk Mikayla. Kau nak aku angkat kau masuk?" Dia mengecilkan matanya ke arah aku.
"Sabar lah. Siapa suruh nak hantar? Lepastu bising-bising pula. Lain kali...."
Cup!
Terdiam aku setelah dia menjatuhkan bibirnya sekilas lalu di bibir aku. Laju tangan aku melempangnya.
"Jangan fikir awak boleh sentuh saya sesuka hati awak Zuhal. Saya belum terima awak pun lagi." Terus aku memboloskan diri ke dalam keretanya. Pintu ditutup kuat.
Zuhal terbungkam. Tidak lama kemudian, dia mengangukkan kepalanya.
Sepanjang perjalanan hanya ditemani dengan bunyi radio sahaja. Tidak ada sepatah perkataan yang keluar dari mulut aku, biarpun Zuhal.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceAKAN DIREVAMP TAHUN DEPAN!!! AKAN DIUNPUBLISH BILA-BILA MASA