"SAKITLAH Zuhal! Saya boleh jalan sendiri!" Tangannya yang mencengkam lengan aku, ditampar kuat. Aku berdiri tepat di bahagian pintu utama rumah teres dua tingkat.
"Kau diam!" tempelaknya, membuatkan aku terus terdiam.
Tubuh aku terus ditolak masuk ke dalam setelah pintu rumah dibuka. Aku jatuh terduduk. Wajahnya yang sedang menyinga aku pandang. Dia bercangkung di hadapan aku. Automatik tubuh aku terundur ke belakang.
"Kenapa? Takut?" sinisnya.
Aku menggelengkan kepala.
"Dasar perempuan murah kau ni kan? Sanggup gadaikan maruah kau hanya untuk bersama aku? Kau malukan aku! Kau malukan keluarga aku bodoh!"
Kepala aku ditepis kuat. Mata masih melekat pada wajahnya. Kata-kata itu terus menusuk ke dalam hati aku.
"Saya tak perangkap awak Zuhal! Saya masih ada akal fikiran." Terluah juga suara aku setelah mendiamkan diri. Air matanya yang bergenang dek hinaan dan fitnah yang dilontarkan oleh suami sendiri aku cuba tahan.
"Kau fikir aku akan percaya? Tak perlu menangislah Mikayla. Air mata dari perempuan semurah kau tiada harga!"
Dia meluru ke arah aku, tanpa sempat aku bangun, pipi aku dicengkam kuat.
Sakit!
"Tt..tapi saya memang tak salah awak. Saya tak tahu apa-apa. Saya tak salah! Saya sendiri mangsa keadaan Zuhal. Tapi kenapa awak dan ibu letakkan semua kesalahan tu atas bahu saya!" Bibir terketar-ketar saat cuba mempertahankan diri sendiri.
Pang! Pipi kiri aku ditampar kuat. Dia merapatkan wajahnya dengan aku. Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah membasahi pipi.
Aku tolak tubuhnya menjauhi aku. Namun, dia terlebih dahulu menyambar pergelangan tangan aku dan dicengkam kuat.Aku merenung matanya, dia juga begitu. Wajah kami sangat hampir. Kalau lah aku bernikah atas sebab suka, pasti ini merupakan momen bahagia aku. Tapi tidak, pada matanya, aku hanya nampak sinar kebencian!
"Zuhal.....tolong. Lepaskan saya." Rayu aku.
"Kau tahu tak? Pada saat mata aku nampak kau, aku dah jatuh suka. Disebabkan itu, aku ajak kau keluar. Berkenalan dengan lebih rapat. Tapi ini yang kau balas? Apa? Kau hamak sangat jantan kaya? Kau hamak sangat harta?"
Aku kehilangan aksara. Laju kepala digelengkan. Tidak berani bersuara kerana takut.
"Aku akan pastikan kau menyesal bersama dengan aku Mikayla Hareesa. Itu janji aku." katanya disusuli tawa sinis.
Mata aku automatik terpejam. Sakit. Aku sendiri tak pernah minta terjadinya musibah seperti ini, namun kenapa aku yang dipersalahkan?
"Aku. Akan. Pastikan. Kau. Menyesal."
Hidung kami kini bersentuh. Aku tidak berani membuka sepasang mata aku, namun desah nafasnya menampar wajah aku.
"Zuhal tolong-"
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomansManusia pertama yang mengajar aku erti cinta merupakan manusia pertama yang mengajar aku rasa peritnya terluka. Hidup Mikayla Hareesa sudah cukup perit selama ini tanpa sesiapa pun tahu, namun Allah hadirkan satu lagi dugaan buatnya. Terpaksa disatu...