Kehulu-kehilir aku melangkah. Telefon dihentak-hentak perlahan di atas tapak tangan kiriku. Aku mendengus geram kerana keliru dengan isi kepala aku.
"Mummy! Zayra pening lah tengok mummy berjalan dari tadi." Rengek anak gadisku.
"Zayra nak jumpa daddy tak?" Tanya aku mendatar. Kerusi di hadapan ditarik dan aku labuhkan punggung.
"Nak nak!!" Terus dia melompat turun dari kerusi dan memanjat ke atas aku.
"Pergi mandi. Macam mana nak jumpa daddy kalau berpeluh-peluh macam ni?" Aku cuit pipinya.
"Okay mummy!!"
Aku hanya tersenyum nipis melihat riak wajah ceria Zayra Alana. Kepala kemudiannya ditunduk memandang fon. Nafas ditarik ke dalam dan aku terus menekan nama Ayyan Zuhal di dalam senarai nama pemanggil. Telefon berdering beberapa saat sebelum dijawab.
"Assalamualaikum." Kata aku.
"Waalaikumsalam. Terkejut abang tengok Kayla telefon setelah 3 tahun lamanya." Kata Zuhal bersama tawa kecil di hujung ayat.
"Nak jumpa Zayra tak?" Aku terus ke tujuan. Malas mahu melayan lebih.
"Mestilah abang nak. Bila tu? Sekarang boleh?"
Dapat aku dengar nada suaranya berubah ceria.
"Hm. Saya hantar alamat. Datang lah." Terus aku mematikan panggilan.
Aku termenung, tangan di bawa ke dada. Menenangkan hati sendiri yang berdebar. Kepala tergeleng perlahan sambil aku beristighfar.
"Ui! Kau apahal tergeleng seorang diri?"
Ternaik bahuku disergah sebegitu rupa.
"Sha! Terkejut lah aku." Aku mengurut dada.
"Alah, drama betul. Kau cakap telefon dengan siapa tadi?" Tanya dia setelah melabuhkan duduk di sebelah aku.
"Zuhal."
"What?! Zuhal? Kau sumpah lah? Kau tak cakap apa pun dekat aku?" Bertalu-talu soalan terbit dari bibirnya.
"Hm, percaya atau tak, dia cari aku sampai ke sini. Panjang lah nak cerita Sha. Apa yang kau perlu tahu, dia dah ada sini dah 2 minggu. Aku telefon dia tadi sebab Zayra rindukan daddy dia, so aku minta dia datang, bawa Zayra keluar." Terang aku secara ringkas.
"Kau bagi?" Tanya Shasha.
"Dia ayah kandung Zayra, Sha. Apa hak aku nak halang? Dia pun berhak jumpa Zayra. Aku yang salah sebab sembunyikan Zayra dari dia 3 tahun lamanya." Kata aku.
"Tak, aku faham benda tu. Cuma kau? Kau okay?" Tanya dia.
Aku anggukkan kepala. "Okay ja, kenapa?"
"Kau dah tak ada apa-apa perasaan pada dia? Aku cuma tanya. Maklumlah kau dah berpisah dengan dia lama, tak mustahil bila kau terjumpa dia balik, rasa tu akan muncul semula." Shasha renung mata aku lama, cuba mencari kejujuran mungkin?
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceAKAN DIREVAMP TAHUN DEPAN!!! AKAN DIUNPUBLISH BILA-BILA MASA