Flashback
Ayyan ZuhalTelefon di tangan aku genggam erat. Mata menatap lama wajah yang aku rindu. Lama sudah berlalu. Atau lebih tepat, 5 bulan dan 20 hari. Aku kira setiap hari setelah kehilangannya. Air mata yang menitis aku abaikan. Hati merindui pada yang telah pergi. Pergi meninggalkan aku sedangkan dia masih bernyawa. Pelbagai cara aku sudah cuba jejaki si dia. Upah penyiasat? Sudah. Bertanyakan pada kawan-kawan universitinya? Pun sudah.

Aku renung mesej yang aku hantar petang semalam. Seperti biasa, dia tidak pernah membukanya, apatah lagi membalas. Aku tertunduk lemah. Telefon digenggam seeratnya. Aku rindukan dia! Air mata laju mengalir. Membasahi cadar yang berada di tubuh aku.
"Ayyan? Kau belum bangun ke?"
Suara Hariz menerpa telinga aku. Aku abaikannya. Kedua-dua telapak tangan ditekupkan ke wajah. Bahu terhenjut-henjut melepaskan tangisan.
"Ya Allah Ayyan. Cukup lah tu. Sampai bila kau nak siksa diri kau ni?" Hariz terus menyerbu ke arah aku setelah pintu dibuka.
"Aku terlalu rindukan dia. Apa khabar dia sekarang? Anak aku macam mana? Aku nak dia Hariz." Luah aku bersama esakan.
"Bukan kau dah janji untuk redha? Kenapa jadi macamni semula?" Tanya Hariz dengan lembut.
"Aku redha lepaskan dia. Cuma aku tak redha dengan apa yang aku dah lakukan kepada dia Riz. Kau tanya sampai bila aku nak siksa diri aku kan?" Tangan yang menekup wajah aku jatuhkan ke sisi.
"Sampai aku rasa puas. Sampai aku rasa adil dengan apa yang aku dah buat pada dia. Sampai aku rasa sakit tu. Sampai aku rasa aku nak putus asa." Jawab aku mendatar.
"Astaghfirullah al-azim. Kau rasa Kayla akan suka bila tengok kau macamni? Kau rasa dia akan bangga?" Tanya Hariz lagi.
"Tapi, ini cara untuk aku tebus salah aku pada dia." Jawab aku.
"Bukan Ayyan. Caranya ialah berubah menjadi kepada lelaki yang lebih baik. Kalau kau ditakdirkan bertemu semula dengan dia. Kau nak dia tengok kau berkeadaan macam ni? Kau kata kau sayang, kau kata kau nakkan dia, tetapi apa yang kau buat ni tak menunjukkan apa yang kau kata Ayyan. Bangun lah. Sedar lah. Ini realiti." Dia menepuk belakang badan aku kuat.
"Dah berbulan kau macam ni. Makan pun jarang, diri sendiri tak terurus. Muka tu dah penuh jambang. Jarang masuk kerja. Kau biarkan daddy kau uruskan seorang diri. Aku mengaku aku kagum kau dah berjaya keluar dari lembah dosa kau, kau dah berjaya menjadi hamba Allah yang baik. Tapi ini pun salah Ayyan. Apa yang kau tahu duduk, termenung, lepastu malam ke pantai. Kau tak boleh macam ni Ayyan." Ucap Hariz panjang.
Aku tertunduk lemah.
"Aku ke pantai sebab ada memori aku dengan dia. Aku suka tengok langit, sebab aku pasti dia juga sedang melakukan benda yang sama walaupun kami berjauhan. Aku tengah mencuba Hariz." Kata aku perlahan. Kesan air mata disekat kasar dengan belakang tapak tangan.
"Faham, tapi untuk tambat semula hati dia suatu hari nanti, kau kena jadi lelaki yang lebih hebat dan baik dari sebelum ni. Jangan terlalu fikirkan hal yang belum terjadi, sebaliknya lebih baik berdoa. Kau fikir Allah suka tengok kau lemah macamni hanya disebabkan manusia?" Tanya Hariz di hujung ayat.
Aku menggelengkan kepala dengan lemah.
"Doa pada Allah. Kau lupa takdir boleh diubah dengan doa? Doa supaya kau dipertemukan semula dengan dia. Jika dua jiwa sudah tertulis untuk bersama, takkan ada apa yang mampu menghalang kecuali Allah. Allah tak pernah mungkir janji, cepat atau lambat itu urusan Dia. Kau hanya perlu berusaha sehingga sampai ke titik itu." Seusai berkata, Hariz bangun dari duduk.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceAKAN DIREVAMP TAHUN DEPAN!!! AKAN DIUNPUBLISH BILA-BILA MASA