Ayyan ZuhalPINTU rumah dibuka luas, kaki terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dahi mula berkerut.
"Sunyinya?" Aku meletakkan beg di atas meja bertempat di sebelah kanan pintu.
"Kayla? Abang dah balik ni." Laung aku dengan kuat. Hati mula berdetak rasa risau. Tak pernah Mikayla tak menjemputnya ketika pulang.
Kaki menapak ke dapur pula, kerana disitulah tempat Kayla selalu ada waktu-waktu macamni. Namun langkahku terhenti apabila mata tertancap pada kepingan-kepingan kertas yang berselerak di atas meja ruang tamu. Aku melangkah perlahan.
Bebola mata terbuntang, aku terdiam.
"Shit! Siapa punya kerja ni?!" tengking aku seorang diri. Rambut diraup ke belakang dengan kasar. Tangan menyeluk poket dan telefon dikeluarkan.
"Pick up Kayla, please pick up this call." Sudah tak tentu arah dibuatnya. Berjalan kehulu-kehilir di ruang tamu.
Hampir sepuluh kali dia menelefon isterinya, namun langsung tidak diangkat. Keluhan berat dilepaskan.
"Mana dia pergi? Fikir Ayyan, fikir!" Kepala diketuk-ketuk berkali-kali menggunakan telefon yang dipegang.
Nak telefon Shasha, dia tidak ada nombor sahabat baik isterinya pula. Takkan nak telefon ibu? Lagilah ibu tak tahu.
Eh kejap? Ibu?
Terus aku melangkah laju dan mengambil kunci kereta lalu berlalu keluar.
Mikayla Hareesa
"Assalamualaikum." Aku memberikan salam setelah tiba di muka pintu rumah ibu. Aku tak tahu ke mana perlu aku tuju. Shasha pula tak ada dekat sini sekarang.
"Dah kenapa kau datang sini?" jawab Puan Marissa dengan kasar setelah pintu dibuka. Salam aku pun tidak dijawab.
"Saja je. Boleh Kayla masuk?" tanya aku dengan perlahan. Takut.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
Storie d'amoreManusia pertama yang mengajar aku erti cinta merupakan manusia pertama yang mengajar aku rasa peritnya terluka. Hidup Mikayla Hareesa sudah cukup perit selama ini tanpa sesiapa pun tahu, namun Allah hadirkan satu lagi dugaan buatnya. Terpaksa disatu...