Bab 46

9.2K 308 37
                                    

             

       AKU melangkah ke arah Zuhal yang sedang mengambil minuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       AKU melangkah ke arah Zuhal yang sedang mengambil minuman.

"We need to talk," kata aku.

"About what?" tanyanya mendatar sambil merenung aku.

"Daddy kata nak umumkan pernikahan kita hujung majlis nanti," jawab aku sambil memeluk tubuh.

"What?!"

"Saya dah cuba, tapi daddy taknak dengar. Jadi sekarang bukan masalah saya. Pandai-pandai lah awak uruskan." Aku menapak satu langkah untuk pergi.

"Kau! Sini!" Dia menarik semula lenganku menghadapnya.

"Pandai-pandai suruh aku uruskan kenapa? Patutnya kau!" katanya dengan dingin.

"Siapa yang suruh awak pandai-pandai bawa Rania sebagai pasangan awak ke sini Ayyan Zuhal? Tak ada siapa pun kan? Awak bukannya bodoh untuk tak tahu apa reaksi daddy awak. Awak yang cari masalah, bukan saya. Jadi pandai-pandai lah uruskan sendiri." Aku merenung wajahnya tajam.

"Kau sini." Tubuh aku dibawa bersamanya.

"Daddy," panggil Zuhal.

"Kenapa ni?" tanya daddy dengan dahi yang berkerut.

"Daddy tak boleh umumkan pernikahan kami. It's going to be a big mistake!" kata Zuhal.

"Apa benda kamu merepek ni Ayyan?" Wajah daddy sudah berubah tegang.

"Apa daddy rasa orang akan fikir? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Ayyan dah bernikah? Lepastu Rania pula jadi pasangan Ayyan malam ni. Pastilah akan jadi buah mulut orang daddy," bentak Ayyan.

"Kamu dah ada isteri sendiri Ayyan, yang kamu gatal sangat bawa perempuan lain dah kenapa?!" Naik satu oktaf suara daddy.

"Sebab kami akan berpisah daddy. Ayyan dan Mikayla akan bercerai nanti. Bukan sekarang, tapi nanti!"

Aku terpempan. Daddy juga begitu. Terus aku memandang Zuhal.

"Zuhal, apa awak ni?!" Marah aku.

"Benda betul kan? Kau yang kata kau akan pergi suatu hari nanti. Kau lupa?" sinisnya.

"Betul ke ni Kayla?"

Aku mengalihkan anak mata ke arah daddy. Riak wajahnya yang kecewa meremukkan hati aku. Namun sampai bila aku harus menipu? Lantas, kepala dianggukkan.

"Astaghfirullah al-azim." Daddy mengurut dadanya.

"Kayla minta maaf. Kayla tak dapat nak teruskan perkahwinan kami. Lepas sahaja Zuhal ceraikan Kayla, Kayla akan pergi jauh," ucap aku lalu berlalu pergi.

Aku berlalu pergi sejauh mungkin, akhirnya aku berada di luar dewan. Melepaskan air mata yang ditahan sedari pagi tadi. Aku tak kuat, tapi aku perlu berpura-pura kuat.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now