Bab 34

8.6K 293 33
                                    

             

"She told me you kissed her 2 days ago

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"She told me you kissed her 2 days ago. Was is true?" tanya aku tanpa berselindung.

"What? Of course no! Kenapa pula abang nak pergi cium dia?" Lengan aku ditarik, supaya aku merapatinya.

"Kayla tak tahu. Tapi dia cakap yang abang tak cintakan Kayla, abang tak sayangkan Kayla. Dia cakap, semua ni hanyalah satu lakonan bagi abang."

Entah kenapa aku rasa seperti ingin menangis.

"Ya Allah, yang Kayla pergi percayakan dia kenapa?" Dia memegang kedua-dua belah pipi aku. Kepala aku diangkat bagi memandangnya.

"Dia juga cakap yang abang cintakan dia seorang sahaja. Bukan wanita lain."

Aku menyambung. Persoalannya aku hiraukan sahaja.

"Stop it Kayla! Kayla memang betul-betul tak percayakan abang ke?" Wajahnya mula menegang.

Aku tertunduk, menyimpan seribu satu rasa.

"Bukan Kayla tak percaya abang, cuma..."

"Cuma apa Mikayla Hareesa?" Dia memotong aku. Suaranya sedikit meninggi.

"Cuma Kayla ingat abang pernah berjanji depan Kayla yang hanya Rania wanita yang abang cintakan! Sebab Kayla ingat macam mana abang bermati-matian pertahankan Rania! Kayla ingat abang!" luah aku dengan nada suara yang tinggi.

Mata diangkat, memandang wajah Zuhal. Dia terdiam.

"Kayla bukan tak percaya abang. You loved her so much. Kayla takut, kalau ini semua hanya lakonan abang. Kayla takut, ini akhirnya akan menjadi mimpi ngeri Kayla. Kayla takut nak hadap kebenaran because I love you so much Ayyan Zuhal. That's all."

Aku memusingkan tubuhku, ingin melangkah pergi. Namun Zuhal memeluk aku erat dari belakang.

"Abang minta maaf marahkan Kayla. Abang tak pernah tahu apa kesannya kekasaran abang terhadap Kayla dulu. Abang tak pernah tahu Kayla masih ingatkan benda tu." Dia membisikkan kata-kata di telinga aku.

Aku kaku berdiri di tempatku. Tangan jatuh ke bawah, manakala lengan kekar Zuhal erat di pinggangku.

"I love you Mikayla Hareesa. Abang tak tipu. Rania tipu. Abang dah lama tak jumpa dia sweetheart. Remember the day I broke up with her? Itulah kali terakhir."

Dia memusingkan tubuh aku menghadapnya.

"Apa yang Rania cakap lagi?" tanya dia dengan lembut.

"That you kissed her on the lips. 2 days ago. Masa hari abang mesyuarat. Hari yang Kayla datang pejabat abang untuk pertama kali." Aku memberitahu semuanya.

"Ya Allah. Dia tipu lah Kayla. Abang ada dengan daddy masa tu dalam bilik mesyuarat. CCTV pun ada kalau Kayla nak tengok."

Kepala aku diusapnya perlahan.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now