Bab 58

9.1K 297 33
                                    

           

Semenjak pertemuan aku dan dia 5 hari lepas, memori lama kerap kali memenuhi kepala aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semenjak pertemuan aku dan dia 5 hari lepas, memori lama kerap kali memenuhi kepala aku. Kejadian tempoh hari bermain di ruang mata. Dia dan wajah muramnya. Mata yang terbias rasa cinta dan penyesalan. Tipu lah kalau aku tidak nampak. Namun, aku keraskan hati, demi menjaga hati yang telah rapuh.

"Mummy mummy!" Laung Zayra.

"Perlahan-lahan turun tangga tu Zayra Alana." Kata aku dengan tegas.

"Bila daddy nak datang? Daddy tipu Zayra lagi ke?" Dia memuncungkan bibirnya.

Aku mengeluh perlahan, cukup untuk aku sahaja mendengarnya. "Mana ada daddy tipu sayang. Daddy sibuk. Zayra kan ada mummy?" Aku mencangkung di hadapannya.

"Tapi, Zayra rindu daddy lah." Jawabnya.

"Mummy janji, daddy akan datang lagi. Okay?" Kata aku bersama jari kelingking yang disuakan.

"Hehe okay mummy. Love you!!!" Bibirnya dilabuhkan ke pipi aku.

"Kayla, akak nak keluar kejap ni. Ada nak pesan apa-apa tak?" Tanya Kak Izzati yang baru keluar dari biliknya.

"Akak nak ke mana?" Tanya aku.

Selepas aku bercerai, di rumah Kak Zati lah aku menetap. Bila aku menyuarakan hasrat untuk berpindah kerana tidak mahu susahkannya, pasti dia halang. Katanya sunyi tanpa aku dan Zayra.

"Keluar dengan Rayden kejap. Nak uruskan hal cawangan yang bakal dibuka lepastu jalan-jalan. Kayla nak ikut?" Tanya dia.

Laju aku gelengkan kepala.

"Nak ikut! Nak ikut!" Celah suara nyaring dari arah belakang.

"Ish tak payah. Jangan nak kacau aunty Zati." Kata aku.

"Alah tak apa. Bukannya susah pun jaga budak comel ni. Jom. Kita jalan-jalan." Tubuh kecil itu didukung.

"Yeay yeay! Bye bye mummy! See you soon. Jangan lupa bawa daddy." Kata Zayra sambil tergelak kecil.

Aku menepuk dahi perlahan. Nasib lah dapat anak petah bercakap ni. Aku lihat jam yang tergantung di dinding. Jarum sudah bergerak menunjukkan pukul 8 malam. Aku bergerak ke bilik bagi menunaikan solat maghrib.

 Aku bergerak ke bilik bagi menunaikan solat maghrib

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now