Bab 30

9.8K 304 17
                                    

       BADAN digerakkan mengikut rentak lagu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       BADAN digerakkan mengikut rentak lagu. Pinggul pula diayun ke kiri dan kanan sambil tangan tangkas memasak. Mulut menggumam lagu yang dipasang.

"Uh oh, I'm falling in love again.
Oh no, I'm falling in love again.
Oh, I'm falling in love.
I thought the plane was going down,
How'd you turn it right around?"

Lagu bertajuk Labyrinth nyanyian dari Taylor Swift dinyanyikan aku.

Sedang aku rancak menari kecil sambil bernyanyi, pinggangku dipeluk dari belakang. Terjerit kecil aku kerana terkejut.

"Awak! Terkejut saya. Jangan buat macamtu, saya tengah pegang pisau ni. Nanti tak pasal-pasal tertikam awak." Tangannya aku tampar perlahan.

"Sorry sweetheart. Kau yang leka sangat bergelek, dah lah pakai baju aku."

Aku dengar dia ketawa kecil. Hidungnya dibawa dekat ke leher aku.

"Wangi," kata Zuhal dengan nada berbisik.

Dia melabuhkan dagunya di bahu aku. Pelukan masih erat di pinggangku. Aku biarkan sahaja, asalkan dia senang hati.

"Kau sengaja eh nak goda aku?"

"Eh apa pula? Saya tengah masak ja kot?" Aku menolehkan kepala sedikit ke arahnya.

"Tahu lah baju aku besar, tapi pakailah seluar. Heh, aku cubit karang."

Aku tersengih.

"Yalah, mana lah saya tahu awak nak bangun seawal ni. Dah tepi, saya nak bergerak pun susah ni awak. Pergi duduk depan." Aku meleraikan tangannya di pinggangku.

"Ala kedekut la. Dah lah bye." Dia menjuihkan bibirnya lalu bergerak ke ruang tamu.

Tergeleng kepala aku melihat perlakuan dia. Bibir tidak lekang dengan senyuman.

Aku menyambung masak, tinggal masak sayur lemak sahaja. Setelah selesai, aku mengorak langkah ke dapur.

"Eh? Hilang pula." Mata meliar ke sekeliling ruang tamu, mencari kelibat Ayyan Zuhal.

Kaki bergerak menghampiri ruang tamu, dan aku ternampak sosok Zuhal di luar halaman. Aku berjalan perlahan ke arahnya, dia tak sedar kerana aku sedang membelakanginya.

"Get me the information as fast as you can! I need it."

Aku tercengang-cengang. Apa benda yang dia cakap?

"Awak?" Bahunya aku sentuh.

"I'll call you later." Dia meletakkan telefonnya di dalam poket seluar.

"Are you okay?" Aku berdiri di hadapannya. "Awak nampak macam marah?"

Dia menarik aku ke dalam pelukannya. "Tak ada apa. Hal pejabat ja."

Aku menjarakkan diri dengannya. Kepala didongakkan memandangnya.

"Saya dah siap masak. Awak nak makan sekarang tak?"

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now