Pintu utama hospital aku tuju. Aku berlari meninggalkan Shasha di belakang menuju ke kaunter pertanyaan."Reesa, aku tahu bilik Zuhal dekat mana. Jom." Shasha menarik lengan aku menghampiri lif. Punat bernombor tiga ditekannya.
Aku bermain dengan jari-jemari sendiri. Rasa resah di dada masih tidak hilang.
Ting! Pintu lif terbuka.
"Bilik yang mana Sha?" tanya aku dengan cemas.
Belum sempat Shasha menjawab, aku ternampak figura Hariz yang sedang berdiri di koridor. Laju aku menapak ke arahnya.
"Mana Zuhal? Dia okay tak? Kenapa dengan dia?" tanya aku. Riak wajah tidak dapat dibendung lagi.
"Kayla, bawa bersabar tau."
Terasa seperti petir menyambar! Tubir mata aku terus bergenang. Bibir aku dikemam erat.
"Kenapa Riz? Kenapa dengan Zuhal?" tanya aku dengan suara yang mula bergetar.
"Dia..."
"Kenapa Riz?! Tepi! Saya nak masuk tengok dia." Kerana rasa takut dan risau, aku menolak tubuh Hariz ketepi dari menghalang laluan aku.
Pintu wad Zuhal aku buka luas. Kaki aku terhenti melangkah melihatnya terbaring bersama drip air yang dicucuk ke tangannya. Tangan dibawa ke mulut. Menahan esakan.
"Zuhal?? Zuhal, buka lah mata awak," kata aku sambil menghampirinya.
"Zuhal....saya minta maaf. Adakah saya puncanya?" tanya aku perlahan.
"Kayla, sebenarnya Zuhal dah tak lama. Dia..." Hariz jeda. Namun sudah cukup membuatkan lutut aku lemah. Saat itu juga terhambur tangisan aku.
"Kayla? Kenapa ni?"
Suara itu. Suara yang aku nafikan perasaan rindu kepadanya.
"Zuhal, saya minta maaf menangkan ego saya. Saya taknak awak pergi. Tolong jangan tinggalkan saya." Teresak-esak aku berkata memandang seraut wajahnya yang pucat.
"Hah? Abang tak mati lagi lah. Kayla dah kenapa?" tanya dia sambil mendudukkan dirinya di atas katil.
"Tapi, Hariz kata awak dah tak lama..." Aku renung wajahnya dan Hariz bersilih-ganti.
"Riz...." Zuhal bersuara.
"HAHAHA kelakar tengok awak menangis. Saya sengaja bergurau. Saya nak maksudkan yang Zuhal dah tak lama lagi boleh keluar hospital." Kata Hariz bersama tawa besarnya.
"Hariz Nufael! Awak ni kenapa hah?! Tahu tak saya risau gila!" Aku memukulnya berkali-kali dengan beg tangan yang aku bawa.
"Aduh! Cukup. Sakitlah Kayla." Dia mengelak serangan aku. Tangan kirinya mengusap lengan kanannya yang terkena pukulan aku.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceManusia pertama yang mengajar aku erti cinta merupakan manusia pertama yang mengajar aku rasa peritnya terluka. Hidup Mikayla Hareesa sudah cukup perit selama ini tanpa sesiapa pun tahu, namun Allah hadirkan satu lagi dugaan buatnya. Terpaksa disatu...