Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mikayla Hareesa
"Hai adik. Nah belon." Teguran dari arah belakang membuatkan aku dan Zayra menoleh ke belakang.
Aku kerutkan dahi melihat pemuda ini menyuakan belon hello kitty kepada Zayra.
"Free?" Tanya aku dengan hairan.
"Ada orang sedekahkan. Jadi saya hanya tunaikan amanah yang diberi saja. Ambillah." Kata pemuda itu.
Aku menunduk ke bawah, merenung Zayra yang sudah terlompat-lompat kecil.
"Take it sayang. Say thank you." Kata aku.
Laju jari-jemari halus itu mencapai tali belon. "Thank you abang!"
Mata aku meliar ke seluruh kawasan, mencari wajah yang mungkin menimbul syak wasangka aku. Namun terdetik satu perasaan di dalam hati. Dah orang nak sedekah, kenapa nak persoalkan lagi ya tak?
"Jom sayang. Mummy nak kena masak ni." Kata aku sambil memegang tangan Zayra. Kami menapak ke bahu jalan.
"Ha sampai pun awak Rayden." Kata aku setelah keretanya tiba di hadapan kami.
"Maaf saya terlewat. Ada pekerja cuti kecemasan tadi, terpaksa saya tolong." Kata Rayden sambil mengusap belakang lehernya.
"Tak apa, saya faham." Aku tersenyum manis.
"Hai Zayra, rindu uncle tak?" Rayden mencangkung di hadapan Zayra. Tangan itu mencubit pipi Zayra lembut.
"Rindu!" Kata Zayra sambil tersengih.
"Dah jom. Kalau kita ke kafe dulu boleh tak?" Tanya dia.
"Boleh Rayden. Tak ada masalah. Lagipun saya boleh tolong apa yang patut. Hari ahad kan, biasalah ramai." Jawab aku sambil kami melangkah masuk ke dalam kereta.
"Maaf lah menyusahkan awak pula." Kata Rayden.
"Uncle, uncle nak tahu tak Zayra ada jumpa daddy." Kata Zayra.
Aku terdiam. Begitu juga Rayden sebelum dia berdehem perlahan.
"Ya? Lepastu mana daddy sekarang?" Tanya Rayden.
"Hm.. daddy kena kerja lagi lah uncle." Jawab Zayra bersama bibir yang dimuncungkan.
Terbit rasa serba salah di dalam hati kerana menghalau Ayyan Zuhal pergi. Padahal aku sendiri yang katakan dia berhak ke atas anak ini.
"Alah tak apa. Nanti mesti daddy balik. Daddy kan kerja? Macam uncle lah. Cuma kerja daddy lebih hebat. Zayra sabar ya?" Pujuk Rayden.
Aku mengalihkan kepala ke kanan, memerhati sisi wajah Rayden. Dia juga turut menoleh ke arah aku. Kami bertatapan mata buat beberapa saat sebelum matanya kembali ke hadapan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.