Bab 38

8.1K 261 10
                                    

       PUAN Marissa diam merenung wajah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       PUAN Marissa diam merenung wajah aku. Keluhan berat dilepaskannya.

"Tanya lah apa Kayla nak tanya. Ibu akan jawab," tutur ibu perlahan.

Aku menolehkan kepala ke arah kanan, memerhati Zuhal. Tak lama kemudian dia mengangguk perlahan.

"Abang tinggalkan Kayla berdua dengan ibu dulu. Abang ada luar. Apa-apa panggil." Dia melabuhkan ciuman di dahi aku lembut.

Aku berdehem perlahan sebelum memulakan bicara.

"Kayla nak tahu, apa yang ibu dan Zuhal cakap semalam....adakah semua tu betul?" Aku bermain dengan jari-jemari sendiri.

"Ya. Ibu yang bunuh ayah kamu. Ibu tak berfikir panjang. Ibu takut kehilangan harta, dan ibu juga taknak hilang lelaki yang ibu sayang."

Aku terpempan.

"Apa maksud ibu? Lelaki yang ibu sayang? Ayah?" Berkerut dahi aku.

"Bukan. Cinta pertama ibu. Khalid namanya. Lelaki yang Kayla nampak bersama dengan ibu dulu," terang ibu.

Aku... tak faham.

"Ibu dan ayah dikahwinkan kerana dipaksa. Kami tak saling mencintai. Kahwin atas paksaan keluarga. Hanya arwah ayah yang boleh selamatkan syarikat keluarga ibu waktu tu. Ibu tak pernah cintakan ayah, ibu hanya gunakan ayah. Walaupun ibu tahu, ayah cintakan ibu setelah sekian lamanya. Ibu dah cuba, tetapi Khalid muncul semula."

Ibu jeda. Dia hanya menunduk ke lantai.

"Perasaan yang dah lama hilang akhirnya kembali. Ibu curang dengan ayah kamu dengan harapan tak ada sesiapa pun tahu, tapi kamu Kayla. Kamu dah nampak dan tak lama kemudian, ayah pun tahu. Ibu terlalu takut kehilangan semuanya, dan akhirnya ibu dah buat benda bodoh."

Aku lihat air mata ibu menitis sedikit demi sedikit dari mata tuanya.

"Macam mana dengan Zahra? Mana Zahra sekarang?" tanya aku. Sudah dua kali aku ke sini, batang hidungnya tak pernah aku nampak.

"Zahra tahu disebabkan ibu yang bagitahu dia. Ibu perlukan bantuan dia. Ibu gunakan anak ibu. Tapi dia faham ibu. Tapi sekarang Zahra dah tinggalkan ibu, kelmarin dia keluar rumah setelah ibu ceritakan yang suami kamu dah tahu apa yang terjadi."

Sekali lagi, aku tersentak. Zahra lari?

"Ibu bodoh. Ibu sangkakan Khalid muncul kerana cinta lamanya, tapi dia hanya gunakan ibu untuk duit. Sekarang entah ke mana dia pergi. Zahra dan tinggalkan ibu, Khalid pun dah pergi. Ibu dah tak ada sesiapa."

Senyuman tipis terukir di pinggir bibir.

"Itu lah apa yang Kayla rasa selama ni ibu. Dipinggirkan, disisihkan oleh orang yang Kayla sayang. Kayla minta maaf ibu. Arwah ayah terlalu baik dengan ibu, tapi ini yang ibu balas?" Aku kerdipkan mata dengan laju, menahan dari titisan jernih dari mengalir ke pipi.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now