Mikayla Hareesa
"PEREMPUAN tu.. Adik aku Kayla. Satu-satunya adik yang aku ada."
Aku yang sedang terduduk di lantai terus terdiam.
"Awak... saya tak tahu." luah aku. Tangannya cuba aku gapai namun sekali lagi, dia menolak aku, terhentak pada dinding.
"Exactly! Apa yang kau tahu Kayla?! Memang betul apa Zahra cakap. Kau memang pembawa malang." Dia melangkah merapati aku.
Aku hanya mampu diam. Mata merenung figuranya yang semakin menghampiri aku.
"Kenapa? Dah bisu?"
"Kenapa kau boleh hidup tenang dan bahagia selepas kau ragut nyawa orang Mikayla Hareesa?!" Dia menumbuk dinding di sebelah kepala aku.
Automatik mata aku terpejam. Air mata terus mengalir.
"Tapi tu bukan salah saya. Kalau saya tahu benda tu nak jadi. Saya takkan ajak arwah ayah hantarkan saya Zuhal." Aku cuba mempertahankan diri sendiri.
"Kau pentingkan diri Kayla. Kau tahu ayah kau tengah tak sihat. Kau tahu tu. Tapi kenapa kau paksa dia?!" Kedua-dua lengan aku dicengkamnya.
"Apa awak cakap ni? Ayah sihat ja malam tu!" marah aku. Seingat dia. Ayahnya bertenaga malam tu.
"Penipu!" Lengan aku dia tarik, dibawa ke bilik airnya. Dia menolak aku masuk ke dalam bathtub. Pancuran air dibuka, dia membiarkan tubuh aku dibasahi air.
"Zuhal! Apa awak cuba buat ni hah?!" Dada bidangnya aku tolak sekuat aku.
"Dia adik aku Kayla! Satu-satunya adik yang aku ada. Kau tahu tak betapa aku sayangkan dia! Kau tahu tak macam mana hidup aku, hidup mummy daddy selepas dia meninggal disebabkan kau?! Kau tahu tak Mikayla Hareesa?!"
"Dia budak yang ceria. Dia menceriakan hari-hari aku, mummy dan daddy. Kau tahu tak betapa sakitnya bila tahu dia meninggal disebabkan kecuaian seseorang?! Setiap pagi aku menangis dekat kubur dia Kayla! Setiap hari aku berharap supaya dia kembali!"
Aku terdiam. Tidak melawan. Hati aku sebak. Apatah lagi melihat air mata yang berlinang di pipi suami aku sendiri. Aku cuba mengusap air matanya namun ditepisnya tangan aku.
"Saya minta maaf Zuhal." Hanya itu yang terluah dari bibir aku.
"Maaf kau takkan kembalikan adik aku betina! Kau yang patut mampus!" Seperti dirasuk syaitan. Dia memaksa aku duduk di lantai tandas, dan kepala aku ditolak ke dalam bathtub yang telah dipenuhi air.
"Kau yang patut mati Kayla!" Katanya, lalu kepala aku ditekan masuk ke dalam air. Menggelupur aku cuba lepaskan diri. Mencari nafas. Ditolak-tolaknya kepala aku tanpa henti.
Adakah ini pengakhiran aku? Bila tubuh mula lemah. Rontaan aku juga semakin lemah. Aku biarkan sahaja perlakuan lelaki yang bergelar suami itu.
Kemudian, kepala aku ditarik kuat ke atas. Automatik aku mencari nafas. Bibir terketar-ketar.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomanceAKAN DIREVAMP TAHUN DEPAN!!! AKAN DIUNPUBLISH BILA-BILA MASA