Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"KAU nak kemana ni pagi-pagi?" tegur Zuhal yang sedang minum pagi di dapurnya.
Aku menghentikan langkah aku dan menghampiri dia.
"Saya ada kelas harini, sampai petang. Lepastu saya kerja sampai malam," terang aku, risau pula kalau-kalau aku dituduh menyundal lagi.
"Tunggu apa lagi? Berambuslah. Semak mata aku tengok kau." Diusirnya aku dengan kasar.
Keluhan aku lepaskan. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.
"Nak salam dulu. Awak kan suami saya." Aku tersenyum nipis.
"Tak perlu. Kau kena ingat, kita kahwin kerana terpaksa. Aku tak sayangkan kau, dan aku rasa kau pun sama kan? Jadi tak perlu lah berlagak baik sangat." Huluran tangan aku ditepisnya.
"Saya tak berlagak baik Zuhal. Saya cuma turut perintah Allah untuk hormatkan suami sendiri. Kalau dah awak kata macam tu tak apalah. Saya pergi dulu."
Aku menolehkan tubuh aku dan terus berlalu pergi tanpa berpaling melihat suami aku lagi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"REESA! Kau dah sihat ke?" tanya Shasha kepada aku.
"Eh kejap. Kenapa pakai mask ni?" tanya dia lagi dengan wajah yang penuh dengan tanda-tanya.
"Aku tak sihat sepenuhnya lagi. Sebab tu pakai mask. Doktor yang suruh," jawab aku.
Padahal mask ini hanya untuk menutup bibir aku yang masih pecah dan tepi bibir yang masih membiru lebam.
"Yalah. Jom masuk kelas. Nanti terlewat pula." Tangan aku digenggam Shasha. Aku hanya menurut langkahnya.
"Oh lupa! Kau tahu tak kita ada classmate baru! Kelmarin dia masuk. Katanya sebab family dia berpindah-randah, so sekarang dia study sini," cerita Shasha dengan girang.
"Oh okay."
PAP! Bahu aku ditamparnya. Terus wajah aku berkerut sakit.