Bab 8

8.7K 338 20
                                    

       AKU mengambil beg tangan di dalam loker dan terus berlalu keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       AKU mengambil beg tangan di dalam loker dan terus berlalu keluar. Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 10:30 malam.

"Hati-hati balik tu Kayla," kata Rayden kepada aku.

Hanya senyuman yang aku balas. Kaki melangkah ke arah motosikal aku, namun saat mata tertancap pada kereta di seberang jalan, langkah aku semakin perlahan.

Aku abaikan dia, meneruskan langkah aku. Namun dengan pantas dia merentap lengan aku kuat.

"Sakitlah! Apa masalah awak ni?" Tangannya yang mengenggam lengan aku ditampar kuat.

"Ikut aku balik." Aku diheret ke keretanya.

"Stop it Zuhal! Awak ni kenapa?!" marah aku, lengan direntap semula.

"Bukan main mesra lagi kau dengan mamat tu kan? Dah lupa kau tu isteri aku?"

Dapat aku lihat rahangnya yang diketap kuat.

"Awak bercakap dengan cermin ke Ayyan Zuhal? Saya rasa macam awak yang lupa awak tu dah jadi suami orang." Aku sinis, sambil memeluk tubuh.

"Kau!" Tangannya diangkat ke udara, ingin melempang aku.

"Kenapa berhenti? Takut orang label awak dayus? Cukup Zuhal. Kita cakap dekat rumah. Saya balik dengan motor saya."

Aku memusingkan tubuh aku ke arah motosikal semula, meninggalkan dia yang sedang tercegat di tepi jalan.

Sedang aku leka membawa motosikal untuk pulang. Keretanya laju memotong aku. Kepala aku tergeleng perlahan.

"Macam nak sangat aku mati kenapa?" bisik aku seorang diri.

Akhirnya aku tiba di rumah, kereta milik Zuhal telah pun ada. Maknanya pasti dia sedang menunggu aku di dalam.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam.

Belum sempat kaki kiri aku melangkah, tubuh aku ditarik kuat ke dalam. Bukan itu sahaja, aku ditolak ke lantai dengan kuat. Nasib tangan aku sempat menahan, kalau tak benjol dah dahi aku.

"Aku nak kau berhenti kerja!" Tempik Zuhal.

Aku terkejut. Terus kepala dilangut memandang ke arahnya.

"Awak dah kenapa? Saya takkan berhenti! Mana saya nak cari duit lepas ni? Awak ingat senang orang nak ambil student macam saya ni kerja?" marah aku. Entah permintaan mengarut apa yang Zuhal mahukan.

"Aku tak kisah! Janji kau berhenti kerja dekat situ Mikayla! Ini arahan, dan aku suami kau. Jangan kau berani nak lawan." Dia menapak menghampiri aku yang masih terduduk.

Lantas, tawa sinis terlepas dari bibir aku.

"Oh. Baru sekarang awak nak mengaku awak tu suami saya? Kenapa? Apa yang awak tak puas hati sangat? Sebab Rayden?" tanya aku.

Tanpa sempat aku menyambung bicara, dia meluru laju ke arah aku, rambut di sebalik tudung direntap kuat sehingga aku terdongak.

"Apa yang jantan tu buat sampai kau dah berani melawan suami sendiri macam ni? Dia layan kau? Dia bayar kau untuk layan dia? Puas?"

"AYYAN ZUHAL!" tempik aku.

"Awak tak ada hak langsung untuk tuduh dan fitnah saya bukan-bukan!" Aku nampak wajahnya berubah.

"Kau sini."

Tubuh aku diheret, dia melemparkan aku ke atas sofa ruang tamu.

"Fitnah? Buktikan pada aku yang semua tu fitnah." Dia membuka butang kemejanya satu persatu.

Wajah aku berubah pucat, aku cuba bangun namun dia menindih tubuh aku.

"Zuhal! Apa awak fikir ni? Sumpah, saya tak buat benda macam tu!" Aku mula cemas apabila dia membuang kemejanya ke tepi. Dia merapatkan wajahnya ke wajah aku yang sedang terbaring.

"Let's see." Dia tersenyum senget sebelum dia membuka satu persatu uniform kerja aku. Tangan aku yang menepis, menumbuknya langsung tidak mengubah apa-apa.

"Zuhal tolong. Saya merayu. Saya minta maaf. Tolong jangan buat saya macamni," rayu aku, air mata yang semakin lebat aku hiraukan.

"Shhh sweetheart." Dia terus menyembamkan wajahnya ke leher aku. Tangisan aku semakin kuat.

Mata aku meliar-liar mencari apa sahaja untuk menghentikan perbuatan suami aku. Lalu, mata aku tertancap pada pasu di atas meja, tangan aku sedaya upaya cuba mencapai pasu tersebut.

Ayyan Zuhal masih rakus meneroka tubuh aku. Dan pasu itu berjaya aku ambil.

PRANGGG! Pecah berderai apabila aku hentakkan pastu itu pada kepalanya. Terus aku mengambil peluang melarikan diri dari dia.

"KAU SINI BETINA! KAU NAK MAMPUS KAN?" jeritnya, cebisan pasu masih aku genggam di tangan aku.

"CUKUP ZUHAL! APA YANG AWAK NAK DARI SAYA?!" Aku menengkingnya semula. Aku halakan pasu tersebut ke arahnya. Drastik, langkahnya terhenti.

"Apa yang awak cuba buktikan pada saya Zuhal? Awak cuba nak sakitkan hati saya?" Mengongoi aku berkata.

"Awak tuduh saya melayan lelaki lain padahal awak yang buat benda tu Zuhal. Awak sentuh perempuan tu depan mata saya. Awak layan dia mesra sangat. Apa yang awak cuba buktikan!" jerit aku dihujung ayat.

"Oh, mana ada. Dah memang aku dengan Rania macamtu dari dulu. Takkan aku nak kena ubah untuk kau?" Dia tergelak kecil.

Luluh hati aku, dia langsung tidak berniat menjaga hati aku.

"I'm your damn wife Ayyan Zuhal! Hormatkan saya! Apa yang awak expect saya akan rasa kalau saya nampak suami saya sendiri tengah bermesra dengan wanita lain?" Suara naik dua oktaf, tangan aku berdarah apabila mengenggam pasu yang telah pecah itu.

"Hormatkan kau? Kenapa aku perlu hormat pembunuh dan pembawa malang macam kau? Dan lagi satu, kau cemburu? Sakit hati?" Dia memeluk tubuhnya. Matanya tidak beriak. Walhal dia nampak dengan mata kepalanya aku sedang menangis kerananya.

"Kenapa awak terlalu buta Zuhal? Kenapa awak begitu mudahnya menuduh saya tanpa bukti? Hina sangat saya di mata awak?" Aku merenung wajahnya. Meluah apa yang dirasa selama ini berselang-seli dengan esak tangisku.

"Baguslah kalau kau sakit hati. Dan ya, kau perempuan hina di mata aku. Kau tak layak jadi isteri aku! Hanya Rania yang akan aku sayang dan cinta. Kau dengan berlagak baik kau boleh pergi mati lah," sinisnya lagi. Seperti aku merupakan satu bahan jenaka untuknya.

Pada akhirnya, aku sedar, aku menunjukkan diri aku terlalu lemah di matanya.

"Sampai mati? Baiklah Zuhal. Andai itu yang mampu buatkan awak bahagia." Aku tersenyum nipis sambil mengelap sisa air mata aku. Pasu di dalam genggaman aku lepaskan.

"Saya tak akan berhenti kerja dekat situ. Muktamad. Awak nak bunuh saya? Silakan." kata aku sambil berlalu ke dapur.

"Lagipun, setiap patah yang keluar dari mulut saya, awak langsung tak berusaha untuk percaya kan? You..know damn well that I was a victim too. Like you." Dingin suara aku kali ini lalu aku membawa langkah ke dapur.

"Kau jangan menyesal kalau hati kau akan lebih terluka selepas ini." laungnya dari ruang tamu.

Selepas memastikan dia telah masuk ke biliknya, terus aku melepaskan tangisan di lantai dapur. Luka pada tapak tangan aku, dihiraukan. Kerana luka di hati lebih perit.

"Ayah... Reesa tak tahu sampai bila Reesa mampu kuat. Reesa penat. Dulu Reesa selalu doa supaya dapat suami yang baik dan penyayang, Reesa nak tumpang kasih sayang dekat dia sebab ibu dan Zahra bencikan Reesa."

Jeda. Nafas ditarik dalam.

"Tapi, Reesa diuji lagi dengan suami seperti dia ayah. Dia betul-betul bencikan Reesa." Aku menyembam wajah ke lutut. Melepaskan tangisan sepuas-puasnya

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now