Bab 56

10.9K 314 11
                                    

Azan berkumandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azan berkumandang. Aku melangkah memasuki saf seperti jemaah yang lain. Tidak ramai jemaah pagi ini. Maklumlah subuh. Selalunya ramai lebih selesa solat di rumah.

Usai menunaikan solat Subuh, aku berteleku seorang diri. Jemaah yang lain sudah pun pulang. Aku merenung sejadah lama. Dengan lemah, aku menadah tangan untuk berdoa.

"Ya Allah, aku masih percaya kau pertemukan aku dan dia kembali dengan sebab. Jika dia benar ditakdirkan untuk aku, dia pasti akan menjadi milik aku semula. Walau apapun, kau lindungilah dia dan anakku walau dimana mereka berada." Aku meraup tangan ke wajah, mengaminkan doa.

Aku termenung lagi. Sudah 4 hari aku di bumi Terengganu. Tanpa dia tahu, aku memerhatikannya dan Zayra dari jauh. Melindungi mereka berdua. Inilah tugas aku sekarang.

"Abang perlukan Kayla. Tolong kembali ke pangkuan abang." Aku menuturkan ayat tanpa sedar. Mungkin hati terlalu merindui si dia yang sudah ada di depan mata.

"Abang menyesal Kayla. Setiap hari, setiap malam abang merayu pada Allah, mengharapkan Kayla kembali ke pangkuan abang bersama anak kita." Aku pejamkan mata, setitis air mata mengalir di pipi.

"Abang buta. Abang salah menilai kaca berbanding pertama. Dan sekarang ni, permata abang dah tinggalkan abang." Entah kenapa aku meluahkan isi hati aku, walhal tak ada sesiapa yang mendengarnya.

Aku menekup telapak tangan ke wajah. Melepaskan tangisan untuk kali yang entah keberapa. Bahu aku ternaik turun menahan esakan.

"Encik?" Sentuhan pada bahu kiriku mengejutkan aku.

"Kalau sedih, minta bantuan Allah. Luah pada Allah. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan." Kata lelaki asing tadi. Lebih kepada pakcik.

Aku diam, merenung ke sejadah. Dia melabuhkan duduk di sebelah aku.

"Pakcik tak tahu apa masalah yang encik hadapi. Tapi maafkan pakcik kerana terdengar sedikit luahan encik tadi." Kata dia. Bahu aku ditepuk perlahan.

"Kadang-kadang, cinta dari Allah terhadap hambaNya ni, Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampailah kita rasa tak ada harapan lagi dekat dunia ni. Dan itu, akan membuatkan kita meletakkan harapan pada Allah sahaja." Sambung lelaki itu.

Aku terdiam, cuba memahami tiap bait patah perkataan yang diungkapkan. Ya benar. Kehilangan dia mendekatkan aku kepada Allah. Sakit yang aku rasa membuatkan aku bergantung hidup kepada Allah.

"Tapi, setiap ujian-ujian yang Allah berikan, akan disertakan sekali dengan kekuatan." Sambung lelaki itu.

"Saya berlaku jahat pada dia dulu. Saya juga merupakan seorang pendosa yang hebat. Mampukan saya dapat kebahagiaan? Mampukan saya dapat keampunan dari Allah?" Tanya aku.

"Sebesar apapun dosa encik dulu. Sehebat mana pun dosa encik dulu, ketahuilah Allah itu Maha Pengampun. Allah mendengar setiap doa hambanya, setiap keluhan, kesakitan serta penyesalan. Kita sebagai hamba, janganlah berputus asa. Suatu hari nanti, penat lelah, sedih kita pasti akan digantikan dengan senyuman walaupun kadang-kadang pahit untuk kita terima. Teruslah berdoa mengharapkan pengampunan Allah." Kata lelaki itu, lalu melangkah keluar selepas menepuk bahu aku sekali lagi.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now