Bab 48

10.8K 392 7
                                    

"Mama!" Aleesa disambut dengan ceria oleh si kecil. Terus hilang rasa penatnya apabila si kecil memeluk kakinya. Dia membongkokkan badannya dan mendukung si kecil.

"Biasanya sayang mama tidur awal." Ujar Aleesa.

"Lapar." Ujar Arissa lalu mencebik. Perutnya ditepuk-tepuk dan Aleesa tergelak kecil. Patut la dia bau makanan yang melazatkan dan bunyi seperti perang di dapur. Mesti suaminya tengah memasak.

"You be a good girl?" Tanya Aleesa dengan jelingan manja diberi kepada si kecil. Arissa mengangguk sebagai menjawab pertanyaan mamanya.

"Arissa, jom makan." Kelihatan Hazwan yang keluar dari dapur. Tiada baju t-shirt dan hanya memakai seluar berwarna hitam. Badannya yang tidak dilapikkan sebarang benang hanya dipakai apron.

Dahi Hazwan berkerut ketika melihat si isteri tergelak. Jam dikeling. Sekarang dah pukul 9 malam. Bukan orang kena rasuk biasanya waktu maghrib ke?

"Mu-muka awak." Kata Aleesa yang masih ada sisa gelak. Telefon di dalam poketnya dibawa keluar dan dihala kepada suaminya. Dahi Hazwan makin berkerut.

"Aku masak ayam goreng." Ujar Hazwan dan terus menuju ke dapur. Air sinki dibuka dan membasuhkan mukanya yang ada kesan tepung itu.

Aleesa hanya melihat telatah suaminya. Kakinya menuju ke meja makan. Arissa diletakkan pada kerusi bayi. Dia melihat hidangan di atas meja.

Ayam goreng ala-ala KFC, coslow dan nasi. Bau sahaja dia sudah tahu memang sedap. Bukan kaleng-kaleng suaminya ini. Sinki dituju dan dia membasuh tangan.

"Duduk la." Ujar Hazwan seraya membuka apron pada badannya. Aleesa memandang suaminya lalu duduk. Hazwan turut duduk di hadapan suaminya.

Belum sempat Aleesa mengambil mangkuk nasi, ada tangan berurat mengambilnya. Hazwan mencedokkan nasi ke dalam pinggan isterinya.

"Thank you." Ujar Aleesa dan Hazwan mencedokkan ke dalam pinggannya pula. Ayam diambil lalau dia mengopek isinya. Dia menyuap si kecil. Sempat bacaan doa dibaca.

"Kenapa awak tak beli aje?" Tanya Aleesa bagi memecahkan suasana.

"Sebab aku bosan." Ujar Hazwan lalu menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Awak ada kacukan kan? Cerita la sikit." Ujar Aleesa dan Hazwan keningnya sebelah terangkat. Dia diam seketika bagi menghabiskan makanan di dalam mulut.

"Abah ada keturunan Spanish. Umi memang melayu asli." Ujar Hazwan dan Aleesa hanya mengangguk. Hazwan sambung menyuap si kecil pula.

Kata-kata suaminya tidak didengari. Mata Aleesa menatap perut suaminya. Makanan di depannya dilupakan sebentar. Apa yang dilihatnya lebih menarik perhatiannya.

"Dah kenyang?"

"Kenyang!" Ujar Aleesa. Terus Aleesa mengelengkan kepalanya. Suaranya itu membuatkan Aleesa kembali ke dunia asal. Aleesa memandang wajah suaminya lalu pinggannya dipandang. Nasi belum habis lagi.

"Kenyang tengok perut aku?" Tanya Hazwan dan membuatkan pipi Aleesa berona merah. Kepalanya digeleng dan menyambung makan. Tu la, usha lagi.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now