Bab 58

10.4K 384 2
                                    

"Awak dah okay?" Tanya Aleesa seraya meletakkan tangan pada dahi suaminya. Hazwan hanya mengangguk. Dia merenung wajah cantik isterinya.

"Okay." Jawab Hazwan.

"Kalau penat lagi, awak rehat la." Kata Aleesa lalu tersenyum. Dia menyambung memandang dirinya di hadapan cermin. Pin diambil dan dicucuk pada fabrik tudungnya itu.

"Kau cantik." Kata Hazwan dan Aleesa terkelu. Pipinya mula bertukar warna. Ah, malunya suami sendiri puji kita! Suaminya ini bukan senang nak puji dia depan-depan. Mulut ada emas la katakan.

"Thank you." Ujar Aleesa sambil tersenyum malu.

"Kau cantik bila pakai tudung. Kau cantik bila tak pakai tudung dekat rumah. Kau cantik jadi mama Arissa dan anak-anak kita. Kau cantik bila masak. Kau cantik bila tidur. Kau lagi cantik bila kau blushing." Melambung-lambung pujian Hazwan kepada isterinya. Aleesa pula tidak tahu mahu berkata apa. Mukanya memerah sekarang ini. Nak bernafas pun tidak tahu.

"Awak pun handsome juga." Aleesa pula memuji suaminya. Hazwan tersenyum sinis. Itu dia tahu.

"Boleh aku tegur?" Tanya Hazwan dan Aleesa mengebilkan matanya. Dia memandang suaminya melalui pantulan cermin. Dia memusingkan badannya.

"Saya ada buat salah?" Tanya Aleesa dan Hazwan mengelengkan kepalanya. Dia mendekati Aleesa. Dahi isterinya dikucup.

"Isteri aku tak pernah buat salah." Kata Hazwan sambil mengeleng lagi.

"Pastu?"

"Boleh... kau labuhkan tudung?" Teragak-agak Hazwan berkata manakala Aleesa terkebil-kebil. Dia menundukkan kepalanya dan melihat pakaian.

"Nampak singkat ke?" Tanya Aleesa.

"Ka-kalau tak boleh tak apa. Aku tahu jadi perempuan ini susah. Tutup aurat seluruh badan kecuali tangan dengan muka." Ujar Hazwan

"Maaf." Ujar Aleesa lalu memandang suaminya. Hazwan tersenyum nipis lalu memegang kedua pipi isterinya. Jari kasarnya menggosok pipi lembut milik isterinya.

"Kan aku kata kau tak salah. Lagi pun kau pakai tudung tutup dada. Pakai stokin. Tapi, baju tu kena longgar atau tudung tu kena tutup bahu." Ujar Hazwan lalu tersenyum nipis.

"Kena tutup bahu?" Tanya Aleesa.

"Aurat bukan setakat tutup. Tapi tak boleh nampak bentuk." Ujar Hazwan dan Aleesa melihatkan dirinya lagi. Bibirnya digigit. Rasa malu dan bersalah.

"Saya cuba." Ujar Aleesa dan Hazwan tersenyum lagi. Senyuman yang hanya Aleesa dan Arissa yang boleh melihatnya. Kucupan hinggap pada kepala isterinya.

"Tak boleh hari ini, esok atau lusa. Minggu depan pun boleh. Tak apa, kalau sekejap tutup sekejap buka. Slow-slow tutup." Ujar Hazwan lalu mencubit lembut pipi Aleesa. Wanita itu tergelak kecil.

"Apa ini main-main pipi orang!" Ujar Aleesa. Makin suka la Hazwan mencubit pipi isterinya. Lupa pula, isterinya kalau marah pun comel.

"Kau cantik untuk aku je. Kau tak payah mengada nak ngorat lelaki lain. Sedar diri tu boleh kahwin sorang je. Kalau tak, aku kurung kau." Bebel Hazwan dan Aleesa tersengih. Dia bersyukur mempunyai suami seperti Hazwan.

"Terima kasih tegur." Ujar Aleesa lalu mengucup pipi Hazwan. Lelaki itu tergamam. Telinganya kian memerah. Dia menjauhkan diri dari isterinya.

"Na-nanti kau lambat pergi kerja." Ujar Hazwan lalu keluar dari bilik. Aleesa hanya tersenyum lebar. Comel je husband kita blushing!

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now