Bab 25

12.3K 450 9
                                    

Aleesa membaca ayat-ayat yang ada pada kertas yang dijumpai semasa mengemas bilik itu. Kertas itu elok tersimpan di poketnya untuk menunggu masa sesuai dibaca. Dahinya semakin berkerut apabila dia sepeti pernah melihat gaya penulisan dan tulisan pada kertas itu.

'Di mana kau menghilang. Aku bagaikan orang gila mencari engkau di merata tempat. Jika tiada siapa yang mempercayai kau, mungkin aku sudah mati. Kembali la.'

Aleesa mengeleng kepala, tak mungkin lelaki di pantai itu adalah Hazwan. Sudah la, pergerakkan lelaki itu terlampau pantas sehingga dia tidak dapat melihat lelaki itu dengan jelas.

Kejap, barang-barang di dalam itu kebanyakkannya kepunyaan Khayla. Mungkin kepunyaan wanita itu. Dia menghembus nafas perlahan dan memegang kepalanya yang semakin sakit.

"Kau buat apa?" Kedengaran suara garau itu menyebabkan wanita itu panik seketika. Aleesa segera menyimpan kertas itu di dalam poket seluarnya. Dia memandang pantulan cermin di depannya. Terbeliak matanya.

"A-awak pergi la pa-pakai baju. Sa-saya nak tengok Arissa." Mahu saja Aleesa hendak bangun, badannya dikunci. Habis la aku.

"Kau baca apa?" Hazwan memusingkan Aleesa. Wajahnya didekatkan dengan wajah isterinya. Aleesa dapat merasa hembusan nafas suaminya. Aleesa dapat merasa bau nafas suaminya. Bau Mint!

"No-nothing." Aleesa berkata seraya mengeleng kepala. Badannya semakin kebelakang dan bersandar pada meja itu. Hazwan pula semakin mendekati isterinya sambil tersenyum senget.

Paha Aleesa diraba. Memerah pipi Alees ketika itu. Dengan jarak yang dekat ini. Memang tidak keruan la Aleesa sekarang ini. Mata mereka kekal saling berbalas.

"Jangan sentuh barang aku." Kata Hazwan sambil mengambil kertas yang dijumpai oleh Aleesa tadi. Membulat mata Aleesa. Dia tidak perasaan yang Hazwan mencuri kertas dari poketnya akibat terpukau dengan kekacakkan suaminya.

"S-siapa dia?" Aleesa memberanikan diri. Sebagai isteri, dia berhak ingin tahu, berasa cemburu dan marah.

Mungkin?

"Jangan sibuk." Kata Hazwan.

Ouh, mesti Khayla.

Hatinya sedikit sakit.

Tak, engkau memang tak layak untuk bersama dengan lelaki di hadapan ini.

Sedar diri itu memang tidak layak untuk bahagia.

Kau kahwin dengan dia untuk lunaskan hutang.

Aleesa dalam dilema. Dia memang tidak layak dicintai? Mengapa kadih sayang yang ayahnya beri tidak sama dengan lelaki-lelaki yang dia cintai selama ini? Dia cuma perlukan kasih sayang seorang lelaki seperti ayahnya.

Terasa hembusan nafas pada lehernya. Nafas Aleesa seakan terhenti. Kenagan silam hitam itu bermain di minda Aleesa kembali. Dia menutup telinga. Matanya dipejam rapat.

Agh dia benci! Dia jijik akan dirinya yang dahulu. Ingin sahaja dia memutar waktu sahaja.

"Jom la sayang."

"I really need you."

"I want you."

"Ala. Biar sahaja lelaki tu. Bukan dia ingat I pun. Seronok dengan wife dia tu."

"Just do it. No one is here."

"DIAM LA!" Hazwan terkejut apabila Aleesa menjerit. Dia menjauhi dari isterinya sedikit Aleesa menangis teresak-esak. Iye, itu suaranya yang mampu mencairkan kaum-kaum Adam yang mendengar.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now