Bab 35

11.4K 391 1
                                    

"Woi Dauriah, kau tak payah berlagak macam bos dekat situ. Sini, tolong aku." Raisya berkata dengan suara yang lantang.

Dauriah yang mendengarnya pula bersumpah-serana di dalam hati dengan rakan sekerjanya yang seorang itu. Dengan keadaan malas dia mendekati Raisya.

"Angkat kotak pun tak bo- Aduh, beratnya!" Terbeliak mata Dauriah apabila Raisya melepaskan kotak itu. Ada apa dalam ni? Berat macam anak gajah!

"Bawa la sendiri, kata ringan sangat kan?" Kata Raisya dan meninggalkan Dauriah yang kesusahan. Dia berjalan mendekati klinik yang dipenuhi dengan kesibukkan orang-orang yang sedang mengemas.

Maklum la, klinik itu terletak jauh ke dalam hutan. Oleh itu, ramai warga perubatan jarang menggunakan tempat itu sehingga menjadi terbiar.

Kasihan kepada mereka yang sakit kerana tiada siapa yang dapat merawat. Satu tahap, kanak-kanak yang mati akibat demam dianggap normal dalam kalangan penduduk di situ. Ini tidak boleh jadi! Oleh itu, pemikiran mereka perlu ditukar agar tidak lagi berlaku perkara ini.

Aleesa dan beberapa orang pelatih sedang mencuci habuk yang ada pada tempat itu. Para lelaki pula, mengangkat barang-barang dari kereta.

"Dah berapa lama tempat ni kena tinggal?" Tanya Raissa. Sudah seperti rumah hantu pula ada lihatnya. Sudah la barang-barang di situ kebanyakkannya sudah reput.

"Tengok gaya macam dah lama juga." Kata Aleesa.

"AGHH!" Kedengaran jeritan bergema di klinik yang terbiar itu. Semua di situ segera mendekati ke arah punca suara. Kelihatan Wani duduk dan menunjukkan sesuatu ke penjuru tempat itu.

"A-apa tu?!" Kata Wani dalam nada yang cemas.

Mereka semua yang melihatnya sudah menutup mata dan hidung. Bau bangkai dan kelihatan darah ada di situ. Doktor Hamid selaku ketua mendekati tempat yang ditunjukkan oleh Wani. Muka doktor lelaki itu berkerut apabila melihatnya. 

"Bangkai burung. Tak apa, biar kami uruskan. Sila sambung kerja masing-masing" Kata doktor Hamid dan mereka di situ hanya mengangguk. Masing-masing cuba untuk menenangkan pelatih itu.

"Wani, are you okay?" Tanya Raisya dengan lembut dan Wani hanya mengangguk. Dia bangun dari duduknya dan berehat. Agak mengerikan juga bila melihatnya. Mereka di situ segera membuat kerja seperti biasa.

"Apa benda ini?" Tanya doktor Hamid pula. Aleesa mengambil kertas yang dihulurkan oleh Hamid. 

"Biasa la, budaya mereka berbeza dengan kita. Saya pergi dulu." Aleesa berkata dan meminta diri untuk beredar. Hamid hanya mengangguk dan tidak berasa benda pelik pada kertas itu. Mungkin ada betulnya kata doktor wanita itu.

'Get Ready'

Aleesa membaca tulisan yang ditulis itu lalu nafas dihembus. Dia sudah tahu siapa dalangnya. Matanya memandang sekeliling.

Tak apa, lelaki itu memang tak akan kacau jika dia berada di tempat yang dipenuhi manusia. Lelaki itu akan kacaunya apabila dia beseorangan.

"Apa itu?" Tanya Raissa. Aleesa pula tergesa-gesa menyimpan kertas itu ke dalam poket seluarnya. Wanita ini tidak boleh tahu! Habis la dia jika Raissa memberitahu kepada Hazwan.

"T-tak ada apa." Kata Aleesa sambil tersenyum lalu menyambung kerjanya yang tergendala. Raissa hanya membiarkan isteri majikannya pergi.

•---------•

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now