Bab 52

10.2K 392 5
                                    

16 tahun lalu...

"Adik kat mana ini?" Tanya Arsyad seorang diri. Bangun sahaja dari tidur, dia agak terkejut kerana dia kini berada di tempat asing baginya. Kakaknya juga tiada di sebelah.

"Mana kakak?" Tanya Arsyad bersendirian. Seluruh bilik itu dipandang. Mana la tahu kakaknya sedang bermain sorok-sorok. Kedengaran pintu dibuka.

"Anak umi dah bangun? Meh sini umi sapu ubat." Kata wanita tua itu seraya masuk ke dalam bilik itu.

Pada tangannya memegang peti kecemasan. Namun, Arsyad berganjak menjauhi ketika wanita tua itu mendekatinya. Siapa sahaja tidak trauma jika tiap-tiap hari didera oleh emak sedara sendiri. Malah dikurung dan hanya dibenarkan keluar untuk ke sekolah sahaja.

"Jangan takut anak umi. Umi tak makan orang. Umi cuma nak rawat anak umi je." Kata Puan Fauzziah dengan lembut.

Apabila rasai keadaan sudah selamat. Baru la dia mendekati Puan Fauzziah. Wanita tua itu merawatnya dengan penuh lemah lembut. Air mata mengalir pada pipi anak kecil.

"Anak umi sakit ke?" Tanya Puan Fauzziah prihatin. Sakit sangat ke luka pada kulit anak kecil itu. Tidak sangka pula lukanya dapat membuatkan anak kecil itu merasa sakit.

"Tak, A-Arsyad cuma rindu ibu." Kata anak kecil itu sambil tersendu-sedan. Puan Fauzziah membelai rambut anak kecil itu. Entah apa la yang dialami oleh anak kecil itu.

"Maafkan umi." Kata Puan Fauzziah sambil menyambung balik kerjanya yang tergendala. Muka anak kecil yang dipenuhi parut itu dirawat dengan lemah-lembut. Arsyad pula hanya menganggukm

"Ma-mana akak?" Kata Arsyad dengan suara yang serak. Perbuatan Puan Fauzziah terhenti apabila mendengarnya. Ingatkan itu halusinya sahaja.

Malah matanya juga nampak anak kecil perempuan di dalam semak itu!

"Maafkan umi lagi." Pujuk Puan Fauzziah kepada Arsyad. Anak kecil itu tidak henti-henti nangis dari tadi. Mesti hubungan dua beradik itu sangat akrab sehingga si adik menangis apabila si kakak tinggalkannya bersendirian.



•---------•



"Sampai hati akak..." Arsyad berkata sambil menangis. Puan Fauzziah hanya mampu mengusap kepala anak kecil itu. Ingin memeluk tetapi anak kecil itu menjauhinya.

Terkejut juga anak kecil itu apabila wanita tua itu kata begitu. Dah tu, tak akan la dia dengan wanita tua itu sahaja di sini. Dia tak nak dirinya sahaja bersenang-lenang sedangkan kakaknya didera oleh wanita tua gila itu. Siapa lagi kalau bukan Puan Munah iaitu emak sedara mereka.

"Anak umi jangan la nangis. Insya Allah nanti Arsyad mesti jumpa kakak Arsyad." Pujuk Puan Fauzziah lagi apabila tangisan anak kecil itu sudah reda.

"Aamiin..." Gumam Arsyad bersendirian. Dia menggosok tangan pada pipinya. Dia tidak boleh menangis! Dia harus kuat untuk menempuhi hari-hari akan datang!

"Nama anak umi Arsyad kan? Ke nak umi panggil lain?" Tanya Puan Fauzziah dengan ramah. Mana la tahu anak kecil itu mempunyai nama lain ke kan? Atau Arsyad itu sekadar nama manja.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now