Bab 33

10.9K 391 1
                                    

"Tenang je." Kata Raisya.

"Esok dah start kerja macam biasa." Kata Dauriah. Raisya sudah menghembus nafas kasar. Benci la!

"Macam mana perasaan akak?" Raisya bertanya kepada kembarnya. Dauriah buat apa nak tanya. Sudah berkali-kali wanita itu menyertai kursus seperti ini. Baik dia tanya kakak kembar kesayangannya.

"Baru experience, jadi tak tahu nak kata apa." Ujar Raissa lalu tersenyum.

Aleesa pula hangs senyap dari tadi. Dia termenung sambil memandang telefonnya. Dalam kepala fikirannya sekarang ini hanya la Arissa. Si kecil itu okay ke? Sudah la dia meninggalkan si kecil dalam keadaan menangis.

"Ouh tadi ketua kampung beritahu, kawasan ni memang tak ada line. Kalau nak, kena pergi kat atas bukit tu." Kata Dauriah dan menunjukkan tempat itu.

Apabila Aleesa mendengar sahaja hal terus mengangkat mukanya. Matanya terkebil. Line!

"Saya dengan Raissa nak pergi sana sekejap." Aleesa berkata dan berdiri diikiuti Raissa. Mereka semua berkerut dahinya. Aleesa tanpa kata apa-apa terus meninggalkan mereka.

"Pu- Maksud saya, Aleesa tunggu!" Kata Raissa. Tergesa dia mengejar Aleesa dari belakang. Raisya dan Dauriah saling berpandangan.

"Confirm Aleesa cuba call husband dia. Aku dah kata, kami yang dah kahwin mana boleh duduk berjauhan. Kau tu masih bujang boleh la cakap." Kata Dauriah.

Raisya pula hanya menjeling rakannya. Dia sudah penat untuk bergaduh lagi. Oleh itu, dia mengalah dan hanya diam sambil mendengar sahaja wanita itu berleter.

Dah ada dua orang anak pun perangai macam budak-budak.


•---------•



Bagi Aleesa, bukan la kali pertama dia menempuhi hutan tebal seperti ini. Sudah terbiasa dengan penempatan kampung orang asli. Jadinya, dia tidak la berapa kekok apabila melalui jalan seperti itu.

"Aleesa nak call Tuah Hazwan kan?" Raissa berkata bagi memecahkan suasana yang senyap itu.

"Salah ke?" Tanya Aleesa.

Mereka berhati-hati ketika berjalan. Takut juga mereka dipatuk oleh ular atau haiwan berbisa. Dahan yang menghalang jalan dikalihkan ke tepi. Nasib memang sudah ada laluan yang disediakan jadinya mudah untuk mereka berjaan.

"Saya saja tanya. Iye la, dengar dari mulut Raisya dengan Dauriah macam betul. Macam mana kalau Tuan Hazwan demam sebab rindu? Awak tak risau?" Tanya Raissa. Aleesa memandang seketika Raissa. Kelihatan wanita itu menjongketkan kening sambil tersengih ke arah isteri majikannya. Ouh, risau juga rupanya.

"Tak mungkin la." Kata Aleesa dan senyuman Raissa pudar. Mengapa pasangan suami isteri ini mempunyai personaliti yang hampir sama. Masing-masing sombong!

•---------•


Akhirnya sampai juga di bukit. Mereka dapat melihat seluruh kampung itu dengan jelas dari bukit itu. Kelihatan Dauriah dan Raisya melambai ke arah mereka. Mereka membalas lambaian itu. Tiba-tiba telefon Aleesa tidak henti-henti berdering.

Maklum la, sudah tujuh jam tiada line Internet.

Aleesa segera duduk dan membuka telefonnya. Dia berkerut tatkala nombor telefon tidak dikenali menelefonnya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Siapa ini?

"Ayoyo, baru beberapa jam awak jauh dengan tuan. Nampak sangat dia rindu. 50 missed call? Bapak ah!" Raissa berkata dan matanya terbeliak. Telefonnya berjenama Apple dibawa keluar dan menangkap gambar telefon Aleesa yang berjenama Samsung.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now