Bab 56

11.6K 414 5
                                    

Mundar-mandir dia di dalam bilik air itu. Macam mana suaminya tahu tapi dia tidak pernah perasan? Dia doktor kut, patutnya dia lagi arif. Terkebil-kebil mata Aleesa melihat dua garisan yang ada pada ujian kehamilan itu. Bukan satu malah bukan dua ujian yang berbeza dilihatnya. Ketiga-tiga itu menunjukkan positif dan maknanya dia mengandung!

Dahinya berkerut namun lama kelamaan senyuman lebar terukir pada bibir. Perutnya yang masih kempis diusap. Sungguh gembira dia rasai kerana ada cahaya mata yang hidup di dalam perutnya.

"Mama tak sabar nak tunggu sayang mama keluar." Kata Aleesa dengan berbisik. Air mata yang hampir jatuh cepat-cepat diseka. Akhirnya, dia mempunyai zuriat dari darah dagingnya sendiri.

Dia tidak sabar mahu memberitahu suaminya. Tangan yang ingin menyentuh tombol pintu dijatuhkan ke sisi badan. Senyuman juga mula memudar.

Bagaima kalau tiba-tiba suaminya tidak menerima anak ini?

Bagaimana kalau tiba-tiba suaminya tidak mahu namanya mem'bin'kan dengan anak ini?

Bagaimana kalau tiba-tiba suaminya suruh dia menggugurkan anak ini?

Pelbagai fikiran negatif yang muncul di benak fikirannya. Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan. Segala ujian kehamilan diambil lalu dibuang. Namun, salah satunya masih berada di tangan Aleesa.

Wanita itu merenung ujian kehamilan itu dengan lama. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa takut untuk memberitahu suaminya. Macam mana kalau betul terjadi apa yang dia sangkakan? Kepala digeleng. Tidak mungkin la! Lagi pun dia tahu akibat suaminya menderita seperti ibu mengadndung.

Hurm, suaminya risau dengan keadaannya ke?

"Angel, aku nak mandi." Kata Hazwan dengan suara serak. Aleesa segera meletakkan ujian kehamilan di singki lalu membuka pintu bilik air. Sengihan diberi pada suaminya. Lupa terus segala perkara negatif yang kusutkan kepalanya sebentar tadi.

"Maaf." Kata Aleesa. Hazwan hanya menggeleng.

"Is okay, angel." Kata Hazwan dan masuk ke bilik air. Dia serupa seperti perwatakan orang gila sekarang ini. Sangat la tidak terurus. Dia memandang isterinya. Aleesa hanya memberi senyuman.

Sian dia ye.

"Awak boleh mandi sendiri? Nak saya mandikan?" Tanya Aleesa dan menawarkan diri untuk membantu suaminya. Hazwan menggeleng sekali lagi.

"Aku okay." Kata Hazwan dan Aleesa hanya mengangguk. Kalau dah suami kata macam itu kita setuju aje la.

Pintu bilik air ditutup. Aleesa membuka almari baju lalu mengambil pakaian suaminya. Pakaian itu diletakkan di atas katil. Kedengaran juga bunyi pancuran air dari bilik air. Beberapa minit kemudian bunyi pancuran air terhenti. Pintu dikuak kasar dan membuatkan bahu Aleesa terhinjut naik.

"SAYANG, POSITIF COVID?!" Ternaik bahu Aleesa dengan tindakan suaminya. Kepala digeleng sebagai jawapan. Sudah la kepala suaminya melekit akibat syampu dan hanya bertuala yang berlilit di pinggang lelaki itu.

"Mana ada." Ujar Aleesa.

"Jangan tipu aku. Ini apa angel?" Tanya Hazwan lalu menunjukkan ujian kehamilan kepada isterinya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now