Bab 45

11.4K 411 3
                                    

Setelah memastikan Arissa betul-betul tidur, baru la dia meletakkan si kecil di atas katil. Si kecil merengek kecil.

"Shh..." Aleesa menepuk belakang di kecil. Arissa kembali tidur seperti biasa. Aleesa tersenyum apabila melihat si kecil tersenyum. Mimpi apa la sampai gembira itu.

Kedengaran pintu dibuka dan Aleesa menoleh ke arah itu. Kelihatan suaminya masuk ke dalam lalu menutup pintu. Lelaki itu terus membuka baju ya lalu diletakkan keslam bakul yang disediakan. Dia baring di sebelah so kecil.

"Perut awak okay?" Tanya Aleesa. Hazwan memandang isterinya lalu mengelengkan kepalanya.

"Okay." Ujar Hazwan.

"Saya kena tengok juga." Tahu-tahu sahaja peralatan untuk merawat Hazwan sudah berada di tangan Aleesa. Hazwan hanya menurut tanpa menolak. Dia hanya membiarkan isterinya melakukan kerjanya.

Aleesa membuka balutan pada perut suaminya. Dia meletakkan ubat di perut suaminya. Berkerut dahi Hazwan bagi menahan sakit. Setelah itu, Aleesa membalut kembali.

"Awak kena rehat dan jangan banyakkan bergerak." Ujar Aleesa. Dia menyimpan barang ke dalam kotak. Belum sempat dia ingin menyimpan, pinggangnya dipeluk.

Dia terjerit kecil dan selamat baring di sebelah suaminya. Erat tangan besar itu memeluk pinggang Aleesa. Wanita itu cuba menolak suaminya.

"Tidur la. Saya nak simpan barang." Ujar Aleesa lembut. Tangannya menolak dada suaminya yang tidak melapikkan tanpa sebarnag urat.

"Aku tak boleh tidur kalau tak ada bantal peluk." Ujar Hazwan dengan mata terpejam. Aleesa menghembus nafas lalu membiarkan sahaja.


•---------•



"Umi." Suara lembut itu membuatkan Puan Fauzziah memusing ke belakang. Dia tersenyum melihat menantunya di dapur.

"Umi dah siap masak. Tunggu makan aje." Kata Puan Fauzziah sambil tersenyum. Aleesa tersenyum kelat kerana serba salah.

"A-Aleesa minta maaf sebab tak tolong umi. Aleesa tertidur." Ujar Aleesa. Kalau tidak sebab suaminya dia tidak akan tidur lepas Asar sehingga hampir waktu Isyak. Hampir-hampir sahaja Maghrib terlepas. Astaghfirullah.

"Tak ada apa pun. Tapi kalau kamu nak tolong umi juga boleh je. Amira dekat depan tu. Hauzan dengan Almira tak ada sebab Almira ada dinner dekat sekolah dia." Ujar Puan Fauzziah dan Aleesa mengangguk.

Almira berkerja sebagai seorang cikgu Matematik Tambahan di sekolah menengah. Tidak pelik la jika Haura selalu bertanya kepada Almira jika dia tidak faham. Ditambahnya pula Almira merupakan guru kelas Haura. Memang cepat la berita sampai ke telinga Puan Fauzziah.

Aleesa ke ruang tamu. Setelah mandi, Arissa awal-awal sudah sambung tidur kembali. Dia faham yang anak kecil itu akan tidur lama akan demam. Amira yang sedang baring didekati.

"Hai Amira." Ujar Aleesa sambil tersenyum. Amira tergelak kecil apabila Aleesa menegurnya. Tangan dan kakinya terkapai-kapai. Diminta untuk didukung oleh mak longnya.

"Ini mak long. Mama kepada kakak Arissa. Mesti Amira kenal kakak Arissa kan." Aleesa bercakap dengan si kecil. Seolah-olah si kecil itu faham apa yang dia cakap. Amira hanya tergelak kecil.

"Nanti bila besar, jadi anak soleh tau. Jangan susahkan bonda dengan walik." Ujar Aleesa dan Amira hanya memandangnya. Tangannya digigit.

"Tak mau gigit tangan. Tak elok la." Tegur Aleesa dan mengalihkan tangan si kecil dari digigit. Amira tergelak lagi sekali.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now