Bab 28

11.5K 439 6
                                    

"No se quien me manda." ( I don't know who send me.)

Terjerit lelaki itu akibat tusukkan pisau di pahanya. Sakit yang amat dan tidak terkata. Dia lebih rela mati dibunuh daripada terseksa begini.

"Bu-bunuh je la aku." Ujar lelaki itu dan Hazwan tersenyum sinis. Dia manrik rambut lelaki itu agar wajah mereka saling didekati.

"Cuál es mi nombre?" (What is my name?)

"Señor, A-Adrian Be-Benjamin."

Menggigir bibir lelaki itu untuk menyebut nama lelaki di hdapannya ini. Hazwan menjauhkan diri dan mendekati alatan di meja.

Dia memerhati alatan-alatan itu satu persatu. Biasanya dia akan menggunakan pisau untuk 'eksperimen' dan mangsanya dijadikan bahan uji kali.

Namun, bukan hari ini.

"Syidiq." Apabila namanya diseru dia hanya mengangguk. Mangsa yang dipukul, ditoreh kulitnya dan cedera itu diheret. Pintu besi dibuka dan Syidiq masuk ke dalam.

"Check kawasan rumah aku." Kata Hazwan kepada Khairul. Khairul terus membuka Ipad di tangan dan melakukan tugasnya dengan segera.

Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati.

"Everything is okay." Kata Khairul. Jarinya lincah mengeser skirn layar ipad itu. Hazwan hanya diam sambil membuka sarung tangan getahnya.

"Tuan okay?" Tanya Khairul. Hazwan memandang lelaki itu manakala Khairul menunjukkan perut majikannya.

Kepalanya ditunduk memandang perutnya. Habis bajunya mengandungi kesan darah. Perutnya yang cedera sudah dirawat.

"Benda ini salah tuan. Kalau jeneral tahu, apa tuan nak jawab? Bukan tuan dah berhenti?" Tanya Khairul dan Hazwan hanya keluar dari bilik itu. Khairul menggaru kepala yang tidak gatal. Lelaki itu terus pergi tanpa menjswab pertanyaan Khairul.

"Sejak kahwin ini, Tuan Hazwan makin pelik."

•---------•

"Hazel..." Arissa terus memeluk kucing itu. Hazel mengiau sangat kuat namun diendahkan oleh anak kecil itu. Arissa meneruskan untuk mendandan kucing itu.

"Hazel, come here. You don't want to eat?" Panggil Aleesa lembut. Makanan kucing digocangnya bagi menarik perhatian kucing perliharaan suaminya. Eh ke mana pula kucing ini?

Aleesa meletakkan makanan kucing itu dan menuju ke ruang tamu. Terbeliak matanya dan dahinya diurut perlahan. Aduhai.

"Look!" Aleesa senyum nipis apabila memandang Arissa. Habis kucing itu sudah didandan oleh Arissa. Muka Hazel dipenuhi dengan hasil karya anak kecil itu. Habis muka Hazel dipenuhi make-up. Pakaian princess yang dibeli oleh Arissa tempoh hari juga dipakai oleh kucing itu.

"Siapa bagi sayang main barang make-up mama?" Aleesa memandang tajam ke Arissa sambil bercekak pinggang. Anak kecil itu hanya mampu menyengih tanpa rasa bersalah. Habis barang make up berjenama Dior, YSL, Rare Beauty, Wardah, Silkygirl dan pelbagai lagi sudah rosak.

Aleesa hanya mampu menghembus nafas perlahan.

"Sowwy." Arissa berkata. Haxel dilepaskan dan laju si bulus lari melepaskan diri.

Arissa mendekati mamanya. Aleesa melutut di depan Arissa. Segera Arissa memeluk mamanya lalu mencium pipi mamanya.

"Tak buat dah!" Kata Arissa dengan pelat. Aleesa tersenyum nipis.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now