Bab 59

10.2K 395 3
                                    

3 tahun lalu...

"A-awak tak pernah cintakan saya?" Tanya Aleesa. Tergamam Aleesa apabila Aisy meluahkan perasaan yang sebenanya kepada wanita itu. Maksudnya, cinta Aleesa hanya bertepuk sebelah tangan?

"Tak pernah sekali pun hati saya terbuka untuk mana-mana wanita." Kata Aisy dan tidak kisah pun jika wanita itu memarahinya mahu pun menamparnya. Dia tahu dia silap.

"Tapi apa yang istimewanya Khayla? Apa yang dia ada dan saya tak ada. Tak cukup ke saya bagi segala effort dalam hubungan kita. Apa yang perempuan itu buat dekat awak? Apa yang perempuan sundal-"

"Don't call my wife with that name!" Marah Aisy sambil menunjukkan jari telunjuknya ke Aleesa.

Terhinjut bahu Aleesa apabila dia dimarahi oleh Aisy. Belum pernah lagi lelaki itu memarahinya. Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan. Air mata yang hampir jatuh sedaya upaya ditahan.

"Tolong la Aleesa. Saya dah beristeri dan sepatutnya awak kena move on." Kata Aisy dengan nada yang lembut. Kali ini nada suaranya diubah. Rasa bersalah pula apabila melihat wanita itu menggeletar.

"Sa-saya cuma perlukan seseorang yang saya dapat berikan kasih sayang kepada saya. Saya nak rasa disayangi. Kenapa awak buat saya macam ini, Aisy?" Kata Aleesa dengan suara yang bergetar. Sedaya upaya menahan air matanya dari jatuh.

"Kumbang bukan seekor Aleesa. Ramai lagi lelaki yang boleh beri kasih sayang kepada awak. Cinta saya hanya untuk Khayla." Kata Aisy lagi dan masih tidak mahu mengalah.

"Tapi dah banyak yang awak lakukan untuk saya. Awak tunjukkan yang awak seperti sayangkan saya. Awak-"

"Tapi saya hanya katakan sayang kepada Khayla je." Kata Aisy dan mendiamkan Aleesa sekali lagi. Wanita itu berasa sakit. Sakit hati dirasai berbeza dari sakit-sakit yang lain. Mahligai yang dia rasai bertahun-tahun selama ini hanya sia-sia sahaja hasilnya.

"Mungkin Aleesa Zulaikha bukan untuk saya tetapi untuk orang lain. Saya yakin lelaki itu dapat membahagiakan awak sama seperti bahagianya awak bersama saya. Tapi, saya bukan untuk awak." Aisy berkata dan rasa bersalahnya makin meninggi.

"Tapi siapa?" Tanya Aleesa.

"Mungkin jodoh. Jodoh itu rahsia tuhan yang tak patut kita masuk campur. Kalau tuhan dah tentukan, maka kita kena terima seadanya. Mungkin saya hadir hanya sebagai ujian." Terang Aisy lagi.

"Tapi kalau awak tak pernah sekali pun cintakan saya kenapa awak terima saya? Kenapa awak tak reject saya dari awal. Tahu tak bertapa sakitnya untuk melepaskan?" Kata Aleesa.

Belum sempat lelaki itu mejawab, wanita itu meninggalkan Aisy. Air mata akhirnya jatuh. Rambut yang memukul mukanya akibat ditiup agin hanya dibiar. Mengapa tiada siapa yang faham dirinya.

Apa yang dia buat sehingga nasibnya begini.

"Maafkan saya tapi tanggungjawab saya untuk melaksanakan janji itu, dah selesai." Aisy berkata bersendirian walaupun wanita itu sudah menjauhinya.

"Hazwan, aku minta maaf."

End of flashback








•---------•








Aleesa termenung sambil mengusap Hazel yang berada di pahanya. Nafas dihembus. Dia sudah menerima kenyataan yang mereka tidak akan bersama. Tetapi, tetap ada rasa bersalahnya kepada Aisy dan Khayla.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now