Bab 50

12K 425 9
                                    

28 tahun lalu...

"ALEESA! AKU NAK KELUAR DENGAN UMAIRAH JANGAN CURI-CURI KELUAR PULA." Kata Puan Muanh setelah membuka pintu. Aleesa pula hanya menelan air liur dan mengangguk dengan perlahan.

"Ka-kalau Aleesa nak melawat ibu ayah boleh?" Tanya Aleesa.

"Kau nak buat apa? Mak bapak kau dah lama mampus. Dah la tak reti jaga adik sendiri. Mesti mak bapak kau rasa bersalah sebab lahirkan kau dekat muka bumi ini." Kata Umairah yang empat tahun lebih tua dari Aleesa.

"Mana ada. Ibu ayah sayang Aleesa la. Diorang tak macam mak som." Ayat terakhir diperlahankan namun wanita tua itu boleh mendengarnya.

"KAU KATA APA? EH, SEDAR DIRI ITU YANG AKU BELA KAU TAHU TAK?! ANAK TAK SEDAR DIRI." Kata Puan Munah dan Aleesa menjerit. Sakit sungguh apabila rambutnya ditarik dengan kasar.

"Aleesa tak minta banyak pun. Berapa kali Aleesa kata nak pergi melawat ibu ayah. Tapi mak som tak pernah bagi." Kata Aleesa dengan air matanya yang membasahi pipinya.

"Lah, betul la apa anak aku kata. Engkau nak buat apa? Menyusahkan orang je. Kalau kau datang kubur diorang pun mesti diorang lagi terseksa dekat kubur itu." Kata Puan Munah lalu melepaskan rambut Aleesa.

"Kau duduk je sini. Kemas rumah. Cuba belajar untuk tidak menyusahkan hidup orang." Kata Umairah pula.

Umairah merupakan anak kandung Puan Munah. Sepupu kepada Aleesa. Personaliti dan wajah mereka sungguh serupa. Masing-masing perlu diletakkan api pada mulit mereka agar belanjar menjaga mulut mereka yang berbisa mengalahkan ular itu.

"Ta-tapi Aleesa rindu sangat dekat diorang. Bagi la Aleesa keizinan." Kata Aleesa dengan tersedu-sedan.

"Orang yang dah mampus itu tak perlu diingat. Kau tak payah nak rindu sangat mak ayah kau. Gaya kau bercakap macam kau tak redho dengan ketentuan tuhan. Mesti tuhan pun murka dengan kau." Kata Puan Munah.

Apa la nasib budak yang berumur 13 tahun...

End of flashbacks



•---------•




"Tok ma ada nampak Aleesa?" Kata Hazwan dan jelas yang dia kelihatan sangat risau. Bangun sahaja pagi terus si isteri menghilang. Seluruh rumah dicari tetapi tidak jumpa pula. Ingat dah besar, tak payah beritahu la nak pergi mana?

Betul-betul definisi rupa selepas baru mati bini. Eh! Bini dia hidup lagi!

Perbuatan Puan Khadeejah terhenti. Jam pada dinding dikerling. Dia tersenyum nipis lalu mengelengkan kepalanya.

"Dia tak beritahu dia nak pergi mana?" Tanya Puan Khadeejah dan Hazwan mengelengkan kepalanya.

"Jangan risau, tok ma tahu dia dekat mana." Ujar Puan Khadeejah lalu Hazwan menghela nafas lega. Kelihatan Puan Khadeejah ingin membongkok dan mengambil sesuatu. Segera Hazwan mendekati wanita tua itu.

"Tok ma nak ambil apa?" Tanya Hazwan. Puan Khadeejah tersenyum. Memang tidak salah kali ini. Hazwan sama seperti Aleesa. Orang yang prihatin. Cumanya Hazwan nampak tegas dan garang. Aleesa pula lembut orangnya. Bagus la, dua-dua saling melengkapi.

"Ambil album warna coklat tu boleh? Terima kasih Hazwan." Ujar Puan Khadeejah lalu menuju ke dapur. Hazwan mengambil album yang dikatakan lalu mengikuti Puan Khadeejah.

"Papa." Kelihatan Arissa mengangkat tangan apabila sudah mendekati papanya. Hazwan tersenyum lalu mendukung si kecil.

"Cucu tok ma pun dah bangun! Duduk la sini." Ujar Puan Khadeejah. Hazwan duduk di hadapan Puan Khadeejah. Arissa diletakkan atas meja bersama album yang diambil tadi.

"Nek! Tok!" Ujar si kecil dengan ceria. Puan Khadeejah hanya tersenyum lalu membuka album itu. Dahi Hazwan berkerut.

"Agak-agak ini siapa?" Tanya Puan Khadeejah. Jari telunjuknya ditunjuk pada salah satu gambar di dalam album itu.

Hazwan melihat gambar itu. Matanya segera meluas. Isterinya tidak menipu ketika dia berkata yang mukanya sama seperti ibunya. Sangat sama dan langsung tiada beza. Wajah Arsyad pula mengikuti ayahnya.

"Ibu dengan ayah." Ujar Hazwan dan Puan Khadeejah mengangguk sambil tersenyum.

"Tuan Abdul dan Puan Suhaili sangat sayangkan anak mereka. Orang yang baik-baik dan anak mereka pun baik juga. Tak ada diorang, mungkin tok ma tak ada sumber pendapatan."

"Macam mana tok ma kenal Aleesa? Dulu, tok ma pembantu rumah Tuan Abdul dan Puan Suhaili. Masa Aleesa kecil, tok ma la yang tolong besarkan puteri mereka."

"Tuan Abdul macam kamu la, ada syarikat sediri. Puan Suhaili adalah doktor."

"Puan Suhaili berhenti jadi doktor lepas dia kemalangan. Sejak itu, dia lumpuh. Tapi dia masih uruskan hospital itu dengsn pertolongan suaminya."

"Sejak itu, Aleesa bercita-cita nak jadi doktor. Katanya, nak tolong ibu dia berjalan. Biasa la budak-budak, mana tahu apa. Tapi tuhan lagi sayangkan ibu ayah dia."

"Aleesa dan Arsyad hadapi banyak cabaran. Tok ma berterima kasih kepada keluarga kamu sebab sudi terima dan jaga Arsyad." Kata Puan Khadeejah.

Hazwan mengangguk lalu tersenyum. Dari tadi dia hanya tekun mendengar apa yang wanita tua itu kata. Sikit sebanyak dia dapat mengetahui latar belakang keluarga isterinya. Album itu juga dibelek oleh Puan Khadeejah ketika dia bercerita.

"Tuan Abdul nampak tegas tapi sebenarnya banyak cakap dan baik orangnya. Puan Suhaili pula orangnya lemah lembut dan senang menangis." Ujar Puan Khadeejah dan Hazwan tersenyum lagi. Sekarang dia faham di mana asal usul personaliti Aleesa datang.

"Kamu boleh tengok yang Aleesa sangat rapat dengan ibu ayah. Dia seorang yang manja. Banyak cakap dengan ibu ayahnya. Anak yang berdikari sejak kecil lagi. Mungkin sebab ibu dan ayahnya selalu sibuk tapi cukup diberi kasih sayang." Ujar Puan Khadeejah. Gambar Aleesa semasa kecil dibawa keluar. Air matanya membasahi pipi.

"Kalau ibu ayah dah jaga Aleesa macam puteri. Kalau tok ma dah jaga dia dengan baik. Kamu boleh jaga Aleesa lagi baik dari kami?" Tanya Puan Khadeejah dengan air mata yang mengalir ke pipi.

"Boleh." Ujar Hazwamnsambil Hazwan mengangguk. Itu sahaja la dia mampu kata. Leher belakangnya diusap. Dia pula memang sejenis tidak taju memujuk.

"Kalau dia rindu ibu ayah dia, dia akan pergi ke kubur mereka. Dari dulu tok ma pelik. Kenapa kalau dia pergi, mesti dia tak beritahu."

"Dia seorang yang pemendam. Kalau ada apa-apa masalah, dia tak nak kongsi dengan siapa-siapa. Orangnya hati lembut macam ibu dia. Mudah menangis dengan benda kecil."

"Aleesa seorang yang dengar kata. Sopan dan prihatin orangnya. Bila bercakap, lembut je macam ibu dia. Tak suka susahkan orang lain. Dan..." Kata-kata Puan Khadeejah terhenti lalu mengusap kepala si kecil.

"Dia seorang mama yang baik. Jaga Arissa dari kecil seorang diri. Dua tahun dia besarkan Arissa dengan pekerjaan dia yang sibuk. Pandai bahagikan masa kerja dengan anak dia." Ujar Puan Khadeejah sambil menangis teresak-esak.

"Kamu bimbing la Aleesa. Kamu dengar la luahan isi hatinya. Kamu layan la perangai manja Aleesa. Kamu tolong la Aleesa. Kamu tegur la dia kalau buat salah." Kata Puan Khadeejah lalu mengelap air matanya.

"Hazwan janji akan jadi suami yang baik untuk Aleesa." Ujar Hazwan dan Puan Khadeejah hanya tersenyum.

"Tok ma tahu bertapa kamu sayang dia sejak Aisy kenalkan Hazwan kepada tok ma, dua tahun lalu. Tapi sayang, Aleesa tak nampak usaha kamu." Ujar Puan Khadeejah dengan riak wajah yang sedih.

"But now, she is my angel. Only mine."

Sediakan tisu eh untuk chapter 50-60. Sabar-sabar lepas Aleesa preggy nanti dah start klimaks. Nak baby girl ke boy?

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now