Bab 39

10.3K 363 7
                                    

Cardigan dan selendang dipakai. Telefon juga diambil. Keluar sahaja dari rumah kayu itu, Raissa memandangnya tajam. Aleesa pula hanya menyengih ke arah wanita itu.

Alamak!

"Nak pergi sana? Tak boleh." Raissa mengeleng kepalanya sambil menyilangkan tangan ke dada. Jadi apa-apa, aku yang kena jawab.

"Boleh la..." Kata Aleesa dalam nada memujuk. Dia mengebilkan mata berkali-kali dan tangan disatukan.

"Itu lain, ini lain." Jawab Raissa sambil memandang ke arah lain.

"Please..." Aleesa merayu dan masih lakukan gaya yang sama. Ah, tak ada. Dia nekad untuk pergi juga ke sana. Sudah la mimpi mengenai suaminya sejak muncul sejak dia ditahan di hospital tempoh hari.

"O-okay." Raissa berkata lemah. Apa nak jadi lepas ni, jadi la. Aku pasrah. Tapi tu la ini arahan dari majikan.

Tak apa kan kalau langgar perintah

"Yes!" Aleesa berkata dengan riang sambil betepuk tangan. Kakinya laju melangkah berjalan ke dalam hutan tebal itu.

"Jangan laju sangat, Aleesa. Mampus aku kalau jadi apa-apa." Kata Raissa dan mempercepatkan langkahnya. Pelik, bukan ke kaki wanita itu pendek ke? Lajunya jalan.


•---------•

Aleesa dan Raissa berjalan di dalam hutan itu. Raissa yang berada di depan menyuluhkan lampu ke hadapan sambil pegang tangan isteri majikannya dengan erat. Mata memandang dan telinga peka mendengar sekeliling hutan itu. Rasa tidak sedap hati semakin bergelora.

Aleesa terkejut apabila seperti angin berlalu dibelakangnya. Bukan. Sesuatu yang lalu atau berlari. Raissa yang perasan juga terus memandang belakang isteri majikannya. Tiada apa-apa brnda yang lalui semasa memandang belakang. Aleesa dan Raissa memandang semak yang bergerak itu.

"Cari apa tu?" Tanya suara garau itu.

"Ada something dekat situ. Eh?" Aleesa menjawab soalan itu dan terkaku. Sekejap. Dia kenal suara itu.

"Hai, sayang." Kata lelaki itu sambil melambaikan tangan ke arah Aleesa. Jarak mereka antara dua meter. Raissa mengetapkan giginya. Tajam anak matanya menikam ke dalam mata lelaki itu.

"Run." Pendek sahaja arahan yang diberi oleh Raissa. Aleesa seperti teragak-agak untuk pergi. Bagaimana dengan Raissa?

"NOW!" Belum sempat lelaki itu menyerang, Aleesa berlari dengan sekuat hati. Air mata bergenang di dalam matanya. Semua salahnya!

"Berani juga kau ni." Kata lelaki itu lalu menghayunkan penumbuknya. Dengan tangkas, Raissa menahan penumbuk itu dari terkena pipinya. Mereka bergelut dan lelaki itu membawa keluar pisau dari seluarnya. Pisau dihala ke leher Raissa dan sama juga dengan lelaki itu. Ingat lelaki itu sahaja yang ada pisau, eh dia pun ada juga la.

Lelaki itu tergelak sinis. 'Not bad.'

"Berapa banyak lelaki itu bayar kau? Apa kata kau kerja dengan aku." Kata lelaki itu dan tersenyum sinis lagi. Bagi Raissa itu la senyuman paling jijik dia pernah nampak. Rasa mahu menyimbah sahaja air loji ke muka lelaki itu.

"Buat apa aku kerja dengan kau." Kata Raissa. Lelaki itu meletuskan ketawa dan menjauhi dari Raissa. Wanita itu berkerut. Sudah gila ke?

"Your bad." Haziq berkata dan membaling sesuatu ke arah Raissa. Keluar la asap yang sama Aleesa hidu tempoh hari. Raissa batuk dan matanya berasa pedih.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now