Bab 31

11.8K 403 11
                                    

Ketika Aleesa sedang sibuk menyiapkan dirinya. Terasa sesuatu menyentuh lehernya. Deruan nafas juga terasa. Dia menyentuh rantai yang dipakai pada lehernya lalu memandang belakang. Suaminya dipandang.

"Untuk apa?" Tanya Aleesa. Rantai berbentuk hati yang mempunyai berlian berwarna putih berada di tengah. Walapun dia jarang memakai aksesori namun dia tahu barang-barang seperti ini mesti mencecah beratus-ratus mahu pun hingga beribu-ribu.

"Hadiah." Ujar Hazwan pendek dan dahi Aleesa berkerut. Hadiah untuk apa?

"Tak apa ke saya ambil? Macam mahal." Ujar Aleesa sambil memandang suaminya. Hazwan pula menggosok belakang lehernya.

"Kau jangan sesekali buka. Lagi-lagi bila kau duduk jauh dengan aku." Kata Hazwan. Mata Aleesa terkebil-kebil.

"Kalau saya tak pakai?" Tanya Aleesa.

"Kau jangan berani, cncin kahwin kita pun kau jangan sesekali tanggal." Ujar Hazwan sambil memandang tajam ke arah Aleesa.

"Tapi kalau ambil wuduk pastu nak mandi? Macam mana pula?" Tanya Aleesa sambil tersengih. Sahaja nak mengacau suaminya.

"Itu tak apa la." Kata Hazwan lalu mendengus nafas kecil. Tangan sebelahnya mengurut dahinya.

"Kenapa saya tak boleh tanggal?" Tanya Aleesa dan matanya terkebil memandang Hazwan.

"Supaya orang tahu kau dah kahwin." Ujar Hazwan.

"Awak sebenarnya takut saya kahwin lain kan?" Tanya Aleesa sambil menjongketkan kedua keningnya. Sengihan diberi kepada suaminya. Hazwan hanya diam dan bergerak meninggalkan Aleesa. Telinganya yang memerah hanya dibiar.

Jangan kantoi sudah.

Langkahnya terhenti apabila terasa pelukkan di pinggangnya. Makin memerah telinganya dengan tindakkan isterinya. Sudah la masih pagi. Risau pula dia melebihi batas.

"Thank you, awak." Ujar Aleesa dengan mukanya disembamkan pada belakang suaminya. Hazwan hanya membiarkan isterinya memeluknya lama dari belakang.

"For what?" Tanya Hazwan

"Rantai." Ujar Aleesa dan dia mengeratkan pelukkan pada pinggan suaminya. Suaminya tidak membalas namun hanya biar dia melakukan demikian.

•---------•


"Saya pergi seminggu tau. Pastikan Arissa makan waktu pagi, tengah hari dan petang. Jangan bagi dia makan waktu malam sebab dia sejenis tidur awal. Pastikan dia mandi sebelum pukul 10 bila siang tapi kalau petang, before pukul 6. Jangan dekatkan gadget dengan dia. Arissa dah jarang minum susu tapi sebelum tidur awak kena bagi juga. Dia pakai pampers waktu dia tidur je. Pastu-"

"Pagi dan petang tak kisah pun bagi Arissa makan apa. Tapi tengah hari wajib bagi dia makan nasi. Dia akan kerap meragam bila dia tak jumpa mama dia lebih dari dua hari. Tidur dia tak lena dan dia akan demam. Selama seminggu, aku kena hadap dia menangis. Am I right?" Hazwan pula yang membebel.

Aleesa dengan uminya orang yang sama. Kalau sudah melibatkan anak, sampai minggu depan tidak habis membebel. Tapi dia faham sikap keibuan yang risaukan anak mereka. Dia faham apa yang dialami oleh Aleesa. Kekadang pun dia terlupa yang Aleesa dan Arissa tiada tali ikatan pertalian dari darah daging yang sama.

"Bagus la awak dah hafal. Saya cuma ingatkan aje." Ujar Aleesa sambil tersengih.

Mana tak ingatnya, sebelum tidur isterinya dah membebel mengenai Arissa selama dua jam. Lepas bangun dari tidur sejam juga dia membebel sambil mempersiapkan dirinya. Tiada satu pun ayat yang keluar dari mulut Aleesa yang Hazwan lupa.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now