Bab 26

12.4K 453 11
                                    

"Minggu ini tak payah hantar Arissa. Awak pergi je la kerja." Hazwan hanya mengangguk. Pandai la dia mendengar suara uminya yang membebel panjang lebar.

Kenapa tak hantar je anak dengan cucu umi tu datang rumah? Sah, ini mesti soalan yang akan ditanya nanti.

"Kalau nak keluar, biar Khairul yang hantarkan." Kata-kata Hazwan itu membuatkan Aleesa mencebik. Sudah la dia sejenis tidak suka menyusahkan orang lain.

"Saya bukan budak kecil lagi! Saya boleh la pergi sendiri. Izinkan la saya pergi sendiri, please..." Tangan disatukan dan matanya dikebilkan berkali-kali. Sesi memujuk bermula.

Hazwan menelan air liur. Hendak tahu kelemahannya? Dia lemah apabila melihat wajah comel isterinya yang cuba memujuknya. Aghh, boleh naik haru rasanya.

"Karang jadi macam hari tu lagi macam mana? Nasib kawan kau nampak. Kalau kau pergi sorang-sorang, ada ke yang tolong?" Tanya Hazwan sambil memandang muka monyok isterinya. Dia cuba tidak termakan wajah comel yang cuma memujuknya.

"Tak payah keluar la." Aleesa mengembungkan pipinya sambil menyilangkan badan. Badan ditoleh ke arah lain. Nak merajuk!

Hazwan menghembus nafas sambil meraupkan wajahnya. Ingatkan umi dengan Haura je kuat merajuk. Sabar je la.

"Okay, Khairul tak payah ikut." Kata Hazwan tanda beralah. Rambut dikautkan kebelakang sambil menghembus nafas perlahan.

"Thank you awak!" Aleesa memeluk Hazwan dan lelaki itu terkaku. Tambahan pula, dia bukan la seorang yang suka dipeluk mahu pun disentuh.

Eh, bukan ke dia sejenis tidur peluk bini?

"Sana!" Marah Arissa dan menolak mamanya menjauhi papanya. Aleesa hanya senyum nipis dengan karenah anak kecil itu. Setelah itu, tangan Arissa diangkat dan Hazwan mendukung Arissa.

"Bye, papa pergi dulu." Kata Hazwan dan pipi anak kecil itu dicium berkali-kali. Arissa pula tergelak. Aleesa menghembus nafas perlahan. Alangkah bagusnya Hazwan memberi layanan yang sama kepadanya seperti anak kecil itu.

Eh, selalu sahaja. Wanita itu yang tidak pernah sedar. Iye la, orang dah tidur mana sedar apa-apa.

Hazwan menurunkan anak kecil itu. Tangan dihulurkan ke arah isterinya dan huluran diterima oleh Aleesa. Dia menyalami tangan suaminya. Setelah itu, dia ingin melepaskan tangan tetapi tidak boleh.

"Apa lagi?" Aleesa memandang suaminya. Tangan Hazwan masih erat memegang tangannya. Hazwan meraba poketnya dan meletakkan kad berwarna hitam di atas tapak tangan si isteri. Dahi Aleesa pula berkerut melihat perbuatan suaminya.

"T-tak payah la. Sa-saya ni dah la boros orangnya." Aleesa meletakkan kad itu ke tangan suaminya kembali.

"Guna je." Ujar lelaki itu. Hazwan memberi kembali kepada Aleesa.

"Saya boleh je guna duit dalam bank saya tu. Gaji pun baru masuk." Aleesa pula berkata. Wanita itu memberi kembali kad itu kepada empu punya tuan badan.

"Simpan. Ambil duit aku." Masih lagi tidak beralah dan Hazwan memberi kembali kad itu kepada isterinya.

"Tapi kalau saya simpan duit pun buat apa? Baik guna daripada tak guna. Baik beli apa-apa ke kan?" Aleesa berkata dan dahinya dijentik manja oleh Hazwan.

Aduh!

"Itu la maksud aku. Aku ni tak suka shopping. Ada isteri ini senang sikit sebab duit aku terusik la juga. Daripada simpan baik guna kan? Kau guna je." Hazwan berkata dengan panjang lebar. Dahi isterinya dijentik tadi diurut lembut menggunakan ibu jarinya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now