Bab 22

12.6K 560 9
                                    

Aleesa membuka mata. Bau pun dia sudah tahu yang dia kini berada di hospital tempat dia bekerja. Matanya cuba dibuka dengan jelas. Terasa tangannya dipegang. Dia memandang Hazwan yang tertidur disebelah. Terkejut dia melihat suaminya. Nampak sedikit tidak terurus.

Namun, ia tidak mencacatkan kecacakkan suaminya. Dia merenung wajah itu. Wajah itu juga la meningatkan dia dengan seseorang yang wajahnya hampir mirip seperti suaminya.

Tengku Hana Raisya.

Aleesa mengelus rambut suaminya. Tersenyum kecil apabila dahi suaminya berkerut. Comel la pula tengoknya!

Hazwan terjaga dari lena apabila terasa kepalanya dibelai. Ingin sahaja dia memarahi orang yang mengganggu tidurnya. Dia memandang orang itu. Terus dia duduk tegak dan meleraikan pegangan isterinya.

"A-aku panggilkan doktor." Hazwan ingin berdiri tapi tangannya digenggam kuat oleh isterinya. Dia memandang isternya.

"A-air." Aleesa berkata. Hazwan mengambil lalu membuka penutup mineral. Dia menolong isterinya untuk duduk lalu memberikan botol itu.

"Aku panggil doktor." Namun, Aleesa masih lagi mengenggam keras tangan suaminya. Hazwan mengusap kepala isterinya.

"No need." Ujar Aleesa pendek sambil memandang Hazwan. Dia tersenyum nipis memandang suaminya.

"Kau tak okay." Ujar Hazwan lalu mendekatkan tangannya di dahi isterinya. Tak demam pun. Gas tu, buat apa dekat isterinya.

"Saya tak demam la." Ujar Aleesa dengan dahinya berkerut. Tangan suaminya dikalihkan. Belum sempat dia bersuara lagi. Pintu dibuka.

"Tuan tak balik-" Dan lagi sekali Raisya menutup mulutnya. Matanya terbeliak luas. Aleesa mengerutkan dahinya dan matanya terkebil.

Dua panggilan untuk suaminya. Tengku apabila orang yang tidak rapat memanggilnya. Tuan apabila pekerjanya. Tak akan la Raisya perkerja Hazwan?

"Aku keluar." Ujar Hazwan dan terus meninggalkan Aleesa. Wanita itu hanya memandang Hazwan keluar dari bilik itu. Raisya masih lagi terkaku.

•---------•


"Ini mesti tuan- Ma-maksud aku husband kau tak tahu kan." Kata Raisya. Aleesa memandang Raisya sambil mengelipkan mata.

"Your husband should know about your condition." Raisya berkata sambil menunding jari ke Aleesa. Jarinya digoyangkan beberapa kali. Aku geram betul dengan budak ni.

"Please..." Aleesa menyatukan tangannya dan mengoncangkan tangannya. Harapnya Raisya terima pujukan dia.

'Suami kau tu, bos aku masalahnya!' Gumam hati Raisya

"Mengada." Raisya berkata sambil bercekak pinggang.

"Jangan la beritahu dekat dia." Aleesa senyum nipis. Masih meminta simpati daripada Raisya. Wanita itu menghembus nafas tanda beralah.

"Aku minta Izzudin bagi cuti dekat kau. Sila rehatkan diri kau dengan secukupnya." Raisya menasihati Aleesa. Dah macam jaga anak aku rasa.

"Baik doktor." Aleesa mentakbir kepada Raisya. Raisya mengangguk dan ingin beredar.

"Janji jangan beritahu dia?" Aleesa berkata. Raisya memandang Aleesa dan dia befikir seketika.

"Aku janji." Raisya senyum manis. Aleesa mengangguk dan membalas senyuman. Raisya beredar dari bilik itu.

Tutup sahaja bilik itu dia memusingkan badannya. Air liur ditelan. Fail yang dipegang, perlahan-perlahan diberi kepada majikannya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now