Bab 29

11.7K 449 3
                                    

"Are you sure?" Tanya Hazwan. Kemungkinan ada seseorang menceroboh dan merupakan dalang isterinya menjadi demikian. Dahinya diurut.

"Tiada siapa yang pecah masuk rumah. Kawalan dikawal ketat." Kata Khairul. Hazwan menghembus nafas perlahan. Rambut dikaupkan ke belakang.

"Tuan ni nampak garang, tapi dalam hati ada taman." Khairul menyengih dan menyiku lengan majikannya. Hazwan hanya menjeling sahaja. Penat melayan karenah Khairul.

"Potong 50%?" Kata Hazwan.

"Apa dia Saiful? Ah kejap-kejap, aku nak balik la ni. Saya pergi dulu ye tuan." Khairul berkata dengan tangan sebelahnya earphone bluetooth yang berada pada telinganya. Hazwan menjulingkan mata dan anak tangga dipijak satu persatu.

Pintu biliknya dibuka dan dia melihat doktor Zahirah yang sedang menyemak keadaan Aleesa. Hazwan menghembus nafas tanda mengeluh. Apa sebenarnya yang terjadi?

"Puan Aleesa penat jadi dia perlukan rehat secukupnya. Mungkin puan Aleesa terlalu banyak berfikir sehingga dia mengalami serangan Panic Attack." Kata Doktor Zahirah iaitu doktor peribadi keluarga Mukhtar.

"Bukan sebab ada yang nak bunuh dia?" Tanya Hazwan

"Tak ada kesan lebam atau cedera dekat mana-mana anggota badan Puan Aleesa." Kata doktor Zahirah. Hazwan memandang pelik ke arah doktor Zahirah dengan dahi yang berkerut.  Lebih kurang sama apa yang Raisya kata hari tu.

"Panic attack berlaku masa bila? Apa simpton dia? Cara atasi dia? Teruk sangak ke benda ini?" Tanya Hazwan.

Doktor Zahirah hanya ketawa mendengar soalan bertupi-tupi dari Hazwan. Tidak pernah dia mendengar majikannya bertanya mahu pun berkata sebanyak ini.

"Panic Attack boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi, lebih baik jangan biarkan puan Aleesa bersendirian. Dia akan lebih suka berfikir sehingga menyebabkan perasaan takut. Apabila gangguan dia terganggu sampai satu tahap, dia berasa diri dia seolah-olah menjadi gila."

"Seterusnya, simpton yang boleh dilihat dari segi pandangan kita mestilah pesakit nampak menggeletar, sesak nafas dan berpeluh. Bagi pesakit pula, dia akan berasa takut. Perasaan takut itu akan membuatkan mereka berasa resah dan gelisah. Sebab itu jadinya Panick Attack. Tetapi tuan tak perlu risau, penyakit ini tak akan menyebabkan kematian." Kata doktor Zahirah.

"Bagi mengelakkan Panick Attack terjadi kepada Puan Aleesa, jangan biarkan dia seorang diri. Jangan bagi dia banyak befikir. Jangan biarkan dia banyak overthink. Puan Aleesa stress bila banyak sangat befikir." Ujar doktor Zahirah lagi.

Doktor Zahirah dan Hazwan memandang ke arah Aleesa yang sedang tidur. Kelihatan wanita itu berpeluh dan mukanya berkerut. Dadanya juga turun naik.

"Maaf." Aleesa berkata dalam keadaan berbisik dengan mata yang terpenjam. Pernafasan Aleesa tidak teratur dan air mata mengalir di pipinya. Badan yang bergerak ditahan oleh Hazwan.

Lelaki itu memegang bahu isterinya sambil mengalunkan selawat pada telinga wanita itu. Aleesa akhirnya tenang dan menyambung tidur seperti biasa.

"Itu pun salah satu punca panick attack." Kata doktor Zahirah. Dia mendekati Aleesa dan melihat kembali keadaan Aleesa. Hazwan hanya melihat tanpa riak. Maksudnya, selama ini isterinya sering diganggu Panick Attack tiap-tiap malam?

•---------•

Aleesa terjaga dari lena dan sedaya upaya membuka mata. Dia memegang kepala yang terasa berdenyut. Apabila penglihatan sudah jelas, dia memandang sekeliling. Aleesa mengerutkan dahinya dan cuba mengingatkan balik apa yang terjadi semalam.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now