Bab 60

12.6K 366 9
                                    

3 tahun lalu...

Kini Aleesa dan Khayla berada di majlis yang dianjurkan oleh Aisy. Di Hotel Dal Lina Premium. Cantik susun atur di majlis tersebut. Aleesa terus berlari mendekati Aisy.

"Aisy!" Jerit Aleesa dan terus memeluk Aisy. Lelaki itu hanya tersenyum kekok. Matanya memandang sekeliling. Ada mata yang memerhati. Air liur diteguk dan dia tidak membalas pelukkan Aleesa.

"Aleesa, kan saya dah kata." Kata Aisy sambil tersenyum nipis ke arah Aleesa. Wanita itu tersengih lalu melepaskan pelukkan dari Aisy. Matanya memandang tepat ke arah Aisy.

"Lajunya, laju-laju nak pergi mana? Penat saya kejar." Bebel Khayla sambil menjeling ke arah Aleesa. Kalau dah jumpa buah hati terus lupa member sendiri eh? Aleesa hanya tersengih.

"Maaf, Khayla. Saya cuma rindu Aisy. Awak pun mesti rindu saya juga kan?" Kata Aleesa sambil memandang Aisy. Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Bukan yang rindu.

Lelaki itu.

"Saya pergi dulu. Nak jumpa kawan. Lama saya tak jumpa dia." Aisy meminta diri dan Aleesa hanya tersenyum. Lelaki itu menjauhi mereka berdua. Secara tiba-tiba Khayla menampar lengan Aleesa. Mengadu kecil wanita itu.

"Saya tak kisah awak nak kenal dengan Aisy. Tapi tak boleh pegang. Kalau aku tahu kau buat benda pelik-pelik dekat dia, tahu la kau." Bebel Khayla dan Aleesa hanya menyengih. Sedar akan kesalahannya.

"Ouh, thank you! Tapi saya tak rasa dahaga." Kata Aleesa selepas pelayan menghantar minuman kepadanya. Matanya terkebil memandang cawan yang berisikan air. Aku dah minum dah, tak akan nak minum lagi?

"Thank you so much. Saya dahaga sebenarnya ini." Kata Khayla dan terus merampas cawan dari tangan Aleesa. Wanita itu hanya membiarkan sahaja. Kalau dan member nak kita bagi aje la.

"Apasal rasa air ini macam lain eh? Air masak ke ini?" Tanya Khayla dan Aleesa menjeling Khayla. Dah, bagi merungut pula. Apa masalah sahabatnya ini?








•---------•









"Thank you so much." Kata Aisy kepada rakan perniagaannya. Tekaknya terasa dahaga seketika. Apabila ada pelayan lalu terus dia mengambil minuman tersebut. Ucapan terima kasih juga sempat diucap.

"Tuan tak jemput Tuan Adrian?" Tanya Andy kepada majikannya.

"Tak." Jawab Aisy. Andy hanya melihat wajah monyok majikannya itu.

"Kenapa pula?" Tanya Andy.

"Jangan ganggu aku." Kata Aisy dan ingin beredar. Andy menggaru tidak gatal. Dah tu siapa lelaki yang berdiri di belakang majikannya?

"Aisy." Aisy serta merta memandang lelaki itu. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Segera dia memeluk sahabat baiknya itu dengan erat. Belakang Hazwan ditepuk-tepuk. Terbatuk Hazwan dengan tindakkan sahbatnya itu.

Rambut lebat dengan warna perang. Mata berwarna Hazel dan hidung mancung. Kaca mata yang dipakai menyerlahkan lagi auranya. Semua wanita di situ memandangnya. Namun, tidak menarik perhatian langsung bagi dua kaum wanita itu. Terutamanya wanita itu.

Wanita yang menjadi pujaan hatinya.

"Dah lama aku tak jumpa kau. Walaupun baru semalam berjumpa namun terasa bagai 10 tahun tidak berjumpa. Kau tahu tak bertapa sedihnya aku bila kau kata kau tak datang majlis ini." Kata Aisy panjang lebar.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now