Bab 34

10.6K 427 12
                                    

Aleesa membuka matanya dan dia bangun dari perbaringan. Dia memandang rakan-rakan dan pelatih yang lain termasuk la Raissa, Raisya dan Dauriah. Semuanya sudah diulit mimpi.

'Arissa okay ke?'

Entah mengapa dia tidak boleh melelapkan mata. Tangannya menggaru telinga. Sudah la bisik-bisikkan halus kedengaran.

Pelik juga apabila Hazwan berada di depan matanya mudah untuk dia terlelap. Malah, gangguan tidur juga tidak terjadi. Tetapi, apabila Hazwan tiada makin susah dia melelapkan matanya.

Lagi satu, dari siang tadi hingga la saat ini dia risaukan Arissa. Dia kesiankan si kecil. Anaknya itu sangat manja dengannya.

Dalam pemikikirannya sekarang ini penuh dengan mereka berdua. Sudah makan ke belum? Bagaimana harinya? Sihat ke? Pelbagai persoalan muncul dalam benak fikirannya.

Kejap, perlu ke dia fikir mengenai suaminya sekali?

Dia mengambil keputusan untuk keluar pergi ke bukit. Dia segera bangun dari perbaringan dan mengambil cardigan serta selendang hitam. Telefonnya juga tidak ditinggal lalu diambil. Lampu yang diletakkan dalam beg juga diambil.

Dia menutup pintu dengan perlahan dan menuju ke hutan itu. Aleesa menyuluhkan lampu pada jalan yang dituju. Peluh yang yang turun di dahi dilap. Tanpa dia sedar, seseorang mengekorinya dari belakang.

'Jangan jumpa kak ponti sudah.' Aleesa berkata dalam hati. Dia lebih rela berjumpa dengan pak belang iaitu harimau berbanding kak ponti. Air liur diteguk dan dalam hati sudah membaca ayat-ayat pelindung.

'Orang kata jangan tegur.' Katanya dalam hati apabila terdengar bunyi.

Dia menyuluh lampu ke arah bunyi dan kelihatan salah satu semak bergerak-gerak di situ. Badan Aleesa sudah meggeletar teruk. Dia menutup mulut menggunakan tangannya agar tidak membuat sebarang bunyi. Aleesa berjalan ke depan menuju ke semak-samun dengan berhati-hati. Jangan buat bising!

"BAA!"

"AGRH!" Aleesa menjerit lalu menyuluhkan lampu ke arah belakang. Kelihatan Raissa tergelak sambil memegang perut. Aleesa menjeling wanita itu dan nafas dihembus dengan kasar.

"Betul la Tuan Hazwan kata awak penakut! Ad- Ma-maaf." Kata Raissa lalu meneguk air liur. Suami isteri sama-sama seram. Melihat muka Aleesa yang menjelingnya pun sudah seram. Rasanya kak ponti yang lalu pun tidak berani kacau.

Aleesa hanya membiarkan Raissa dan meneruskan niatnya yang tergendala. Aleesa mendekatkan diri dengan semak samun itu dan doa juga dibaca. Dia memandang belakang apabila terasa bahunya disentuh. Kelihatan Raissa yang menggeletar teruk lalu Aleesa menjulingkan mata.

'Dia pun penakut' Kata-kata Aleesa itu hanya tersimpan dalam hatinya.

•---------•

"Laillah...Haillallah...Muhammad-" dia mengalunkan selawat bagi menenangkan si kecil. Badan ke kiri dan ke kanan sambil mendukung si kecil.

Dia akhirnya duduk lalu menghembus nafas perlahan. Mata dipejam. Dia tidak mengalihkan si kecil dari pelukkan. Tahu la akibatnya kalau dia melepaskan si kecil. Mesti anak kecil itu menangis lagi.

Dahinya berkerut mendengar panggilan telefon. Matanya dikeling ke arah jam dinding. Pukul 3.00 pagi? Siapa je nak call pagi-pagi buta macam ini?

Telefon diangkat tanpa melihat skrin. Butang hijau ditekan dan dilekatkan pada telinganya. Dia hanya diam dan menyambung memejam matanya.

"Mama." Dan lagi sekali si kecil meragam. Deng keadaan masih mamai, Hazwan bangun dan menenangkan si kecil lagi. Badan digoyangkan pada kiri dan kanan.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now