Bab 43

11.4K 425 5
                                    

Teresak-esak Aleesa membasahkan kain lalu mengelap badan suaminya yang sedang diulit mimpi. Panas badan suaminya masih terasa. Badan suaminya hanya dibiar tanpa seulat benang. Hanya dikenakan seluar sahaja. Kain diletakkan pada dahi suaminya.

Dia termenung pada tangannya. Dia ini menyusahkan hidup kan? Dulu dia melihat sahaja ibunya dibunuh oleh emak sedaranya. Malah dia juga hanya melihat ayahnya mati dilanggar oleh sebuah lari. Suaminya juga hampir mati disebabkan dia juga.

Dia menekup wajahnya. Matanya terpejam. Sampai mati dia tak akan maafkan dirinya. Kalau tuhan mahu mencabut nyawanya sekarang ini pun dia rela. Tiba-tiba terasa tangan yang hangat menyentuh kepalanya. Dia menjatuhkan tangannya dan memandang suaminya

"Awak dah bangun?" Tanya Aleesa dengan lembut. Hazwan memandang isterinya. Tangannya yang berada di kepala isterinya turun ke pipi. Mengelap air mata yang masih mengalir di pipi si isteri.

"Buruk bila kau menangis." Ujar Hazwan. Tiba-tiba Aleesa berhenti menangis dan memandang suaminya tajam. Bahunya suaminya dicubit. Hazwan mengerutkan dahinya. Okay, selain pulas telinga. Kita juga perlu elakkan diri kita dari dicubit.

"Baik awak diam kalau tak nak lagi sakit!" Marah Aleesa dan Hazwan tergelak kecil.

"Tak baik tinggikan suara dekat suami. Nak masuk neraka yang mana satu ini?" Hazwan bertanya bserta keningnya diangkat berkali-kali. Aleesa mendengus nafas geram. Ditambahnya pula suaminya yang ingin bangun dari perbaringan.

"Baring je la!" Marah Aleesa lagi. Dia ingin menolak suaminya namun Hazwan menghalang. Pinggang isterinya dipeluk. Dia menarik isterinya lalu diletakkan atas pahanya.

"Kau ini marah comel. Nangis pun comel. Jadi isteri aku pun comel." Kata Hazwan dengan pipi isterinya dikucup berkali-kali. Dia menjatuhkan kepalanya pada bahu isterinya. Memerah pipi Aleesa apabila Hazwan berkata begitu.

"Lepas la..." Ujar Aleesa dan cuba untuk lepaskan diri. Namun apa la sangat kudrat seorang perempuan. Bayangkan saiznya seperti anak beruang comel manakala suaminya bersaiz bapak beruang garang. Tak ke jauh itu?

"Aku tengah lepas la ini. Lepaskan rindu." Ujar Hazwan sambil memandang Aleesa. Muka wanita itu makin memerah.

"Ja-jangan la pandang saya macam tu. Saya tahu, saya buruk." Kata Aleesa.

"Cacat cela dekat muka ni tak akan pernah pudarkan muka kau yang cantik ini. Kalau seluruh bumi ini kata kau buruk, aku akan sentiasa kata kau cantik sayang." Kata Hazwan sambil memegang pipi Aleesa.

Muka Aleesa sering kali berbahang tiap kali panggilan manja untuknya disebut oleh si suami. Matanya meliar ke tempat lain agar tidak bertentang mata dengan si suami. Pelik, perangai suaminya makin pelik.

"Cute." Kata Hazwan dan membuatkan Aleesa menutup mukanya dengan tapak tangannya. Hazwan tergelak kecil apabila melihat reaksi si isteri. Sahaja dia ingin menyakat isterinya.

"Kau tak makan lagi?" Tanya Hazwan sambil memandang ke arah makanan yang tidak terusik itu kepalanya diangkat dari bersandar bahu isterinya. Perlahan Aleesa mengeleng.

"Ta-tapi saya tak lapar." Kata Aleesa lalu mengelengkan kepalanya. Berkerut dahinya apabila Hazwan memberinya mangkuk yang berisi bubur. Namun mangkuk itu diterima juga.

"Suap." Ujar Hazwan dan mata Aleesa terkebil.

"Bo-boleh tak awak turunkan saya. Saya tak biasa." Kata Aleesa apabila posisi mereka masih sama. Aleesa masih duduk di atas paha suaminya.

"Kau kena biasakan. Lagi pun kita suami isteri. Aku nak bagi pahala free dekat kau." Kata Hazwan.

"Tak nak." Kata Aleesa sambil mengeleng kepala.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now