Bab 53

9.8K 395 5
                                    

"Ouh..." Terkebil-kebil Aleesa mendengar cerita Puan Fauzziah. Dia hendak bertanya lain, tapi lain pula yang dijawabnya.

"Macam tu la ceritanya." Ujar Puan Fauzziah pada hujung panggilan.

"Terima kasih jagakan Arsyad. Terima kasih sebab didik Arsyad. Terima kasih bagi kasih sayang dekat Arsyad. Terima kasih sudi terima Arsyad dalam hidup umi." Ujar Aleesa dan kedengaran ketawa kecil pada hujung panggilan.

"Sama-sama, Aleesa. Terima kasih juga terima anak umi." Kata Puan Fauzziah.

"Umi nak minta apa-apa? Aleesa nak balas budi umi." Ujar Aleesa. Puan Fauzziah menghembus nafas lemah.

"Umi nak cucu." Disebabkan itu, pipi Aleesa bertukar warna. Dia mengira berapa bulan sudah dia berkahwin dengan suaminya. Baru tiga bulan dan masih belum ada anak.

"A-Aleesa tengah usaha. Tak ada lagi rezeki." Ujar Aleesa dengan gelak kecil. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Tak apa la. Umi minta diri, Assalamualaikum. Ouh, jangan lupa kirim salam dekat Rasyad juga." Ujar Puan Fauzziah dan menutup panggilan. Aleesa menjawab salam lalu merenung telefonnya.

Dia berada di ruang dapur kerana baru mengemas barang di dapur. Tiba-tiba Puan Fauzziah membuat panggilan. Lama juga wanita itu berkata. Dia pun hanya melayan kerana suka mendengar emak mentuanya bercakap.

"Siapa ini?" Aleesa bergumam sendirian. Lama dia berfikir untuk menjawab panggilan atau tidak. Akhirnya butang hijau ditekan tanda dia menjawab panggilan. Aleesa mendekatkan telefon pada telinganya. Dia tidak bercakap mahu pun menjawab.

"Hai, sayang." Mata Aleesa kian meluas. Telefon dijauhkan dan ingin menekan butang merah namun pemanggil itu berkata.

"Jangan letak lagi Aleesa." Jawab si pemanggil itu lagi. Aleesa menelan air liur dan patuh akan arahannya. Dia pun tidak tahu mengapa dia hanya patuh.

"Bila kau nak mengandung?" Tanya lelaki itu dan lagi sekali. Lagi sekali Aleesa terkelu. Mengapa? Anak itu penting sangat ke? Bukan tidak mahu ada anak tapi...

"Ouh, I understand. He hasn't touched you yet?" Tanya pemanggil itu lagi dan Aleesa mendengus nafas. Relax Aleesa, he is a manipulator. Don't hear what he says.

"Siapa je nak dengan perempuan yang second hand kan." Ujar lelaki itu lalu tergelak kecil. Aleesa tidak menjawab dan membiarkan apa yang ingin lelaki itu katakan.

"Andai kata la kau goda dia. Kau rasa dia nak ke dekat kau. Aku akui badan kau kurus yang langsing dan cantik. Cuma sayang, barang second hand dan ada banyak kesan parut."

"Kau jangan nak hina aku." Kata Aleesa. Akhirnya Aleesa bersuara. Tangannya digenggam. Jika lelaki ini dihapannya memang dia tumbuk lelaki ini sekarang juga. Haziq Irsyad is a manipulator. Jangan terpedaya dengan kata-kata dia.

"I'm not, because it is a fact. Tengok la, dia kahwin kau pun sebab nak langsaikan hutang. Maksudnya, dia beli engkau. Mungkin dia kesian dekat kau."

"How did you know?" Tanya Aleesa.

"Come on, semua pekerja GRO aku tahu. Maklumat diorang semua aku simpan sampai sekarang. Dari yang bekas hingga yang baru dan termasuk la kau." Kata Haziq lalu tergelak kuat. Aleesa mengetap gigi.

"Did he know that many guys have been touching you? No? I should tell him." Kata Haziq lalu tergelak.

"N-no-" Panggilan akhirnya mati. Aleesa terpepam. Telefonnya yang gelap dipandang. Kepalanya digeleng. Dia tidak mahu suaminya tahu segala benda yang dia lakukan masa silamnya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now