Bab 36

10.4K 411 10
                                    

"Last meeting!" Ujar Khairul dengan riang. Hazwan di belakang penumpang kereta hanya diam dan memandang ipadnya.

"Any update?" Tanya Hazwan tanpa memandang Khairul. Lelaki itu memandang majikannya melalui pantulan cahaya di cermin sisi pandang belakang.

"Project kita yang baru ini nak dekat siap dah. Jadi, lagi sebulan kita boleh la tengok keadaaan dia." Ujar Khairul. Tangannya memusing stereng kereta untuk membelok ke kanan.

"About my wife." Ujar Hazwan dan Khairul membulatkan mulutnya. Ouh, yang itu.

"Bukti yang tuan simpan still ada lagi. Tapi, betul ke Puan Aleesa yang buat?" Tanya Khairul. Berkerut dahinya sambil memandang majikannya melalui cermin pandang belakang.

"Info dari Syafiq?" Soalan dari Khairul hanya biar beterbangan.

"Syafiq pula dia tengah semak balik kes-kes lama itu. Masih lagi dalam proses." Ujar Khairul. Hazwan diam tanpa menjawab apa-apa.

"Jadi, Puan Aleesa ialah doktor yang rawat cik Hana dulu?" Tanya Khairul.

Hazwan masih sama. Diam menyepi dan tidak menjawab pertanyaan dari Khairul. Nafas dihembus lalu dia memandang ke tingkap kereta. Perlahan matanya terpejam.

•---------•

Arissa duduk di sebelah Hazwan dan melihat papanya yang sedang khusyuk solat. Walaupun Almira, Haura dan Puan Fauzziah masih belum tidur, dia tidak mahu bermain dengan mereka. Dia mahukan papanya.

Tiba-tiba muncul satu idea dalam kepala anak kecil itu. Arissa bangun dan melipat hujung sejadah itu menjadi segi tiga. Kekadang dia juga berguling-guling di depan papanya yang sedang solat. Dia mahukan perhatian!

Hazwan pula meneruskan solatnya dan membiarkan anak kecil itu bermain. Bibir Arissa dicebik. Kekadang Arissa menarik kain pelikat papanya. Nasib tidak tercabut sahaja.

"Papa tak ayan." (Papa tak layan)

Arissa mencebik sambil berkata dengan pelat.

Dia mengambil kain telekung mamanya. Walaupun besar padanya tetapi dia hanya menyarungkan sahaja telekung itu. Setelah dipakai, dia berdiri dan ikut apa yang papanya lakukan. Dia selalu melihat mamanya solat bersama-sama papanya.

Nak ikut juga la!

"Allahu Akbar!" Kata si kecil dengan pelat. Anak kecil itu hanya mengikut apa yang dilakukan oleh papanya. Iye la, mamanya hanya ikut sahaja pergerakan papanya dari belakang. Ikut sahaja la kan?

•---------•

"Assalamualaikum warahmatullah." Hazwan memberi salam lalu menyapu mukanya menggunakan tapak tangan. Mukanya berkerut apabila memandang Arissa yang menonggeng. Sudah la memakai telekung mamanya yang berwarna putih.

"Darling?" Hazwan menepuk belakang Arissa. Harus besabar sungguh melayan karenah anak kecil itu. Sejadah yang terlipat tadi dibetulkan semula.

"Moyning papa." Arissa menggosok matanya sambil menguap. Hazwan tergelak kecil. Tertidur rupanya anak kecil itu ketika sujud. Telekung isterinya dibuka dari badan anak kecil itu lalu dia mendukung Arissa duduk di ribanya. Sudah la dahi anak kecil itu memerah kerana sujud terlampau lama. Ditambah pula tiada sejadah mahupun lapik. Dahi anak kecil digosok menggunakan ibu jarinya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now