Bab 27

11.9K 415 4
                                    

Luthfi berjoging di tepi tasik dan di situ juga terdapat taman permainan untuk kanak-kanak bermain. Dia berasa pelik kerana biasanya taman itu dipenuhi dengan ramai manusia. Tetapi tempat itu sunyi semacam dan tiada siapa yang bermain. Biasanya waktu petang begini la ramai keluarga membawa anak-anak bersiar di taman ini.

Ah, lantak la.

Sewaktu dia berjoging, dia mendengar akan bunyi tapak kasut. Dia yakin bunyi itu bukan dari bunyi tapak kakinya. Telefon diambil dan membetulkan rambutnya. Sempat dia menilik siapa yang mengekori dari belakang.

Kelihatan lelaki yang memakai baju t-shirt hitam beserta jacket kulit dan bersempadan dengan seluar hitam. Topi juga dipakai. Joging pakai baju macam tu?

Luthfi hanya membiarkan dan menyimpan telefonnya dalam poket seluarnya. Dia hanya beriak biasa sahaja dan meneruskan aktivitinya sehingga ke bahu jalan raya.

Earphone bluetooth ditelinga ditekan bagi memberi signal kepada seseorang. Luthfi berjalan sehingga sampai di suatu tempat. Dalam banyak-banyak tempat dituju, tong sampah juga la yang dia pergi.

Luthfi tersenyum sinis apabila dia sudah sampai di hujung jalan. Jalan mati.

"Follow je kerjanya. Kau tak nak follow ig aku?" Luthfi tersenyum dan memandang ke belakang. Telefon berjenama Apple yang baru dibeli itu ditujukkan ke arah seorang lelaki yang mengikuti Luthfi sejak tadi. Terpampang la sosial media kepunyaan Luthfi.

"Kau nak apa sebenarnya?" Tanya Asyad lalu kopi yang dipakai dan dibaling ke tepi. Matanya tajam merenung Luthfi yang masih santai.

"Duit." Kata Luthfi pendek.

"Sebab duit, kau sanggup kacau hidup orang?" Tanya Arsyad dan tangannya diletakkan ke dalam poket.

"Haih, macam ni je aku dapat tolong adik aku." Luthfi tersenyum sinis.

Arsyad pula senyap. Dia tahu akan hal bapa lelaki itu. Malah, emak lelaki itu lagi la dia tahu. Tetapi adik? Sekejap bila lelaki itu mempunyai adik? Matanya masih memandang tajam ke arah Luthfi.

"Back to the main topic. Apa hajat kau?" Tanya Luthfi. Telefon masih di dalam genggaman dierat kemas.

"Kau kan yang kacau kakak aku dekat hospital hari itu." Kata Arsyad dan dahi Luthfi berkerut seketika. Arsyad mara ke depan dan menumbuk Luthfi. Lelaki itu sempat mengelak dari serangan Arsyad.

Pistol yang berada pada seluarnya dibawa keluar dan dihala ke arah Luthfi. Arsyad menembak tetapi semuanya dapat dielak oleh Luthfi. Lelaki itu segera menyorok di belakang sampah setelah terkena tembakkan. Sudah la dia tidak membawa apa-apa senjata sekarang ini. Orang joging tak akan nak bawa pistol kut?

Sedang melayan perasaan, dia tidak sedar yang Arsyad berjalan ke arahnya. Terkejut dia tatkala Arsyad kini berdiri di hadapannya dan tumbukkan terkena di pipinya. Luthfi ditumbuk berkali-kali.

"Argh!" Arsyad menjerit kesakitan tatkala belakang badannya dan bahu ditembak.

Arsyad memandang ke atas dan kelihatan seseorang yang menghalakan senapang ke arah mereka. Walaupun badan dan wajah ditutupi sepenuhnya tetapi dia rasa macam mengenali orang itu. Tapi siapa?

Dengan kesempatan yang ada, Luthfi menolak Arsyad ke dinding. Pistol dirampas dan diacukan ke dahi Arsyadm lelaki itu mengerang kesakitan apabila ditolak ke dinding.

"Jangan kacau aku. Aku tak ka-" Belum sempat ayatnya habis. Badannya ditolak ke belakang dan terbaring dia di atas tanah. Kepalanya ditumbuk berkali-kali.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now