Bab 40

12.9K 386 5
                                    

"Raissa bangun." Ujar Raisya dan dahi Raissa berkerut. Matanya perlahan dibuka. Penglihatannya dihiasi dengan riak muka risau Raissa dan Dauriah. Dia bangkit dari perbaringan.

"Macam teruk je belakang leher kau." Ujar Raisya sambil melihat belakang leher kembarnya.

"Apa sebenarnya yang terjadi? Aku tak faham?" Tanya Dauriah. Raissa dan Raisya memandang sesama sendiri. Pintu diketuk dan terpampang la Doktor Hisham atau nama sebenarnya Taif.

"Doktor ada nampak Aleesa?" Tanya Dauriah. Raissa dan Raisya hanya mampu menelan air liur sambil memandang Taif.

"Aleesa hilang."

"HAH?!"


•---------•

"Good morning, sayang." Lelaki itu mendekati Aleesa dan makanan dihidangkan di depan Aleesa. Wanita itu hanya menjeling sekilas sahaja.

"Makan la, nanti nak simpan tenaga. Mesti penat nanti kau nak layan aku nanti." Lelaki itu mendongakkan dagu Aleesa. Mata berwarna coklat milik wanita itu memandang ke tempat lain.

"I will love it when your voice scream my name." Kepala Aleesa ditampar dengan kuat. Mata wanita itu memejam. Masa silam hitam itu berlayar di dalam mindanya. Nafas cuba dikawal. Jangan ikutkan perasaan Aleesa!

"You still remember it? Kau mesti rindu aku kan?" Haziq bertanya lalu tersenyum sinis. Setelah itu, dia keluar dari bilik itu dan pintu dipastikan dikunci. Aleesa cuba melawan rasa paniknya dengan mengawal pernafasannya. Setelah berjaya dikawal, dia memandang cctv yang ada pada bilik itu. Nafas dihembus.


Tangannya cuba membuka tali itu dan akhirnya dia berjaya. Dia tersenyum nipis. Namun, dia tidak boleh melepaskan diri lagi.

Mengapa?

Satu, ada cctv di bilik itu. Kedua, pintu bilik ini memang tidak boleh dari dalam. Hanya ada satu tombol iaitu pada pintu di luar bilik. Nafasnya dihembus.

Hanya satu idea itu sahaja yang dia dapat larikan diri. Itu pun kalau berjaya.


•---------•


"Aah." Hazwan membuka mulutnya supaya si kecil mengikutinya. Arissa hanya menurut. Dengan mudah ubat dimasukkan ke dalam mulutnya. Anak kecil itu hanya menelan ubat itu tanpa banyak songeh.

Hazwan mengambil cool fever dan menampal pada dahi si kecil. Arissa hanya membiarkan apa yang papanya lakukan tanpa lawan kata-kata papanya. Puan Fauzziah menjeling anak sulongnya seketika lalu berdar dari ruang dapur.

"Nah!" Arissa mengambil kotak cool fever dan memberi pada papanya. Hazwan mengerutkan dahi.

"Itu." Ujar Hazwan pada dahi Arissa. Si kecil mencebik.

"Akai la." (Pakai la)

Hazwan mengambil balik kotak itu. Arissa dipandang lalu dia menghembus nafas. Satu cool fever diambil lalu ditampal pada dahinya. Si kecil tergelak lalu menepuk tangannya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now