Bab 23

12.3K 432 5
                                    

"Mama!" Arissa berlari ke arah mamanya. Melepasi sahaja pintu rumah Puan Fauzziah terus Arissa berlari ke arah Aleesa. Dia hamya tersenyum dan mengangkat anak kecil itu. Kucupan hinggap di pipi anak kecil itu.

"Mama okay?" Tanya Arissa. Aleesa mengangguk bagi menjawab pertanyaan anak kecil itu. Segera dia duduk di atas sofa yang ada di ruang tamu itu. Hazwan hanya mengikut isterinya dari belakang. Dari tadi dia hanya diam melihat Aleesa dan Arissa.

"Aleesa dah sihat? Umi minta maaf sebab tak datang melawat. Memang  nak pergi hari ini. Tiba-tiba Rasyad kata kamu dah discharge. Cepatnya?" Puan Fauzziah bertanya sambil meletakkan dulang di hadapan Hazwan dan Aleesa. Wanita tua itu baru sahaja datang dari arah dapur.

"Aleesa sakit ringan, jadi tak perlu duduk lama-lama." Kata Aleesa. Arissa yang duduk di atss paha mamanya segera duduk di paha papanya. Hazwan memegang pinggang si kecil agar tidak jatuh.

"Biar Aleesa tuangkan. Terima kasih tolong jagakan Arissa." Aleesa senyum manis ke arah Puan Fauzziah.

"Alah, benda kecil je." Kata Puan Fauzziah. Aleesa hanya tersenyum.

"Arissa ini budak baik dan tak banyak ragam. Makan je apa yang umi masak. Tak buas macam pak-pak sedaranya masa kecil dulu. Nasib Haura tu perempuan dan dia je paling baik."

"Kalau kamu nak tahu, ini si sulong yang paling susah nak jaga. Ini yang paling mengada la. Dah besar panjang macam ini pun ada karenahnya. Kamu tengok je dia macam ini, tunggu la lama-lama nanti. Dia tunjuk tanduk dia memang penat kamu melayan karenah Rasyad ini." Kata Puan Fauzziah panjang lebar.

"Perlu ke beritahu umi." Kata Hazwan. Memang la uminya tidak beritahu dengan detail tapi itu merosakkan maruhnya di hadapan isteri! Belakang leher Hazwan digosok dan telinganya mula memerah. Aleesa hanya tersenyum sambil mengangguk mendengar bebelan emak mentuanya.

"Isteri kamu memang patut tahu supaya dia dapat sediakan mental dan fizikal untuk melayan kamu. Aleesa jangan tertipu dengan perangai dia yang sekarang ini. Kamu tunggu dan lihat yang akan datang." Sambung Puan Fauzziah lagi.

Hazwan hanya menutup mata dan pasrah mendengar kata-kata lontaran dari uminya. Telinganya tidak dapat menyorokkan bahawa lelaki itu sangat malu sekarang ini. Kelihatan merah menyala!

"Iye umi." Aleesa berkata sambil mengangguk. Gelaknya ditahan supaya tidak menyakitkan hati suaminya. Macam la dia tidak perasan telinga suaminya yang tidak ubah sepeti udang.

Dia potong telinga itu dan goreng. Jadi la udang persis telinga Hazwan. Sedapnya!

"Almira mana umi?" Aleesa bertanya lalu mengambil Arissa untuk didukung.

"Dekat atas. Aleesa nak jumpa dia pergi la, umi nak sembang dengan Rasyad sekejap." Puan Fauzziah tersenyum. Dia melihat Aleesa dan Arissa naik ke atas tangga. Semasa di tangga, Hauzan hanya memberikan senyum nipis bagi menghormati kakak iparnya. Sofa diruang tamu dituju.

•---------•

"Kenapa umi?" Hazwan bertanya. Dia menelan air liur pahit. Apa salah dia sehingga uminya memandang dia tajam. Eh, tadi bukan main senyum sehingga ke telinga bila dengan menantu.

Dengan anak sendiri masam mencuka!

"Hauzan dah ada anak. Kamu bila lagi?" Mendengar sahaja ayat itu, hampir tersembur air kopi yang diminum olehnya. Hazwan terbatuk sambil menepuk dadanya. Tersedak dia mendengarnya.

Memang tak ada topik lain yang hendak ditanya?

"Bukan dia suruh kau sunat kali kedua." Hauzan menyampuk lalu duduk sebelah alongnya. Belakang Hazwan ditepuk sedikit.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now