bab 54

10.3K 396 4
                                    

14 tahun lalu...

"KAU SOROKKAN APA DARI AKU HAH?!" Naik terbahu Aleesa apabila mendengar jeritan itu. Gadis itu menggelabah teruk dan kelam kabut menyimpan gambar-gambar keluarganya suatu ketika dahulu ke dalam kotak.

Air liur ditelan dan air mata yang hampir terkeluar juga ditahan. Pernafasan cuba dikawal. Belum sempat gadis itu menyorok kotak itu, pintu dikuak dengan kasar.

"INI APA?!" Kata Puan Munah sambil menarik rambut Aleesa. Gadis itu melihat di sebelah tangan Puan Munah yang menunjukkan markah peperiksaannya. Matanya membeliak luas.

"A-aleesa boleh expla-" Tidak sempat dia berkata sepenuhnya. Terteleng mukanya ketika Puan Munah menamparnya. Terasa denyutan pada sebelah pipi.

"INI SAHAJA KAU BOLEH DAPAT UNTUK MATEMATIK? 90% JE?!" Marah Puan Munah.

"Ta-tapi Aleesa paling tinggi dalam tingkatan. Jangan marah Aleesa. Itu je yang-" Dan lagi sekali pipinya ditampar. Bukan sekali malah berkali-kali pipinya ditampar. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh mengalir ke pipi.

"PALING TINGGI DALAM KELAS KE APA KE AKU TAK KISAH. TAPI KAU DAH JANJI NAK DAPAT 90 KE ATAS. INI APA?!" Kata Puan Munah dengan dadanya yang berombak naik.

Aleesa mengesot ke belakang apabila mak sedaranya berhenti menamparnya. Badannya memggeletar teruk dan dia memeluk kakinya sehingga ke dada. Dia takut akan perempuan gila itu.

"PENAT AKU HANTAR KAU PERGI TUISYEN TAPI INI KAU BALAS?" Herdik Puan Munah lagi.

"Ta-tapi Umairah dapat markah sikit tak kena marah pun." Kata-kata yang keluar dari Aleesa membuatkan Puan Munah marah sekali lagi. Pipi anak buahnya ditampar. Sanggup dia berkata begitu kepada anaknya?

"EH DIA ANAK KANDUNG AKU BIAR SAHAJA LA. ENGKAU TU MACAM BALA TAHU TAK? EH KUCING DEKAT TEPI JALAN TU PUN SEDAR DIRI. TAK MACAM KAU." Kata Puan Munah.

"Dengar sini, disebabkan bapak kau la aku tak dapat harta pusaka dan kasih sayang dari ayah aku. Dah tu aku ni? Memang patut kau terseksa sama macam mak kau." Kata Puan Munah sambil menarik rambut Aleesa.

"Apa yang buatkan kau tak belajar betul-betul eh?" Tanya Puan Munah lalu melepaskan rambut Aleesa dengan kasar. Badannya dipusing memandang sekeliling bilik itu lalu ternampak satu kotak pada atas katil.

"Ouh, ini sebabnya kau tak belajar betul-betul? Kau rindu keluarga kau. Tak apa aku tahu cara nak lepaskan rindu kau kepada keluarga kau." Kata Puan Munah dan mengambil kotak itu. Dia berjalan menuju ke arah pintu. Aleesa yang nampak terus memegang tangan emak sedaranya.

"Ma-mak som nak buat apa? Itu je gambar ibu, ayah dengan Arsyad. Jangan ma-" Aleesa tertolak kebelakang dan terasa sakit pada kepalanya. Sakit apabila terhantuk pada dinding bilik itu.

"Baik kau diam. Lagi kau bercakap, lagi orang tak dengar cakap kau. Orang akan tengok apa yang ada di depan mata. Jadi, sila ingat ayat aku dan hadam betul-betul sebab aku akan buat apa sahaja cara untuk hancurkan hidup kau." Kata Puan Munah pada telinga Aleesa.

"Sayang! Awak la pula pukul budak ini." Kata Puan Munah kepada teman lelakinya.

Teman lelaki, bukan suami.

"Ma-mak som jangan!" Kata Aleesa sambil menjerit dengan kuat. Badannya mengesot ke belakang ketika lelaki itu memasuki bilik itu. Gadis itu hanya mampus menangis tersendu-sedan. Kepalanya digeleng berkali-kali dan perkataan 'tak nak' juga disebut.

Antara salah satu sebab mengapa badannya mempunyai parut.



Dia pergi ke belakang rumah dan melihat gambar-gambar yang terbakar. Tidak kira, itu sahaja kenangan yang ada bersama keluarganya. Dia mengambil gambar itu walaupun terasa panas.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now