H x A

363 5 0
                                    

Cinta seumpama aksara yang tidak pernah cuba berhenti dalam menerpa helaian kertas yang berwarna putih . Ia sentiasa hadir bersama cerita dan tidak pernah lelah dalam memenuhi kekosongan yang ada di dalamnya .

🌹

"Hazrel , seandainya suatu hari nanti kita tak ditakdirkan bersama macam mana ?" - Aleeya Irene

"I akan pastikan tak ada sesiapa yang layak menggantikan posisi you Aleeya Irene . Andai kata ada orang lain yang berkahwin dengan I sekalipun , I tak akan layan dia macam mana I layan you sekarang ." - Hazrel Hakeem

🌹

Namun takdir berkata sebaliknya dan apa yang berada di mimpi mulai meragut realiti . Hazrel Hakeem , seorang lelaki yang telah dikhianati oleh permaisuri hatinya sendiri . Cinta yang diberi akhirnya dipermainkan dan segala bait - bait bicara manis yang diterima selama ini semuanya tiada satu pun makna istimewa .

🌹

"You ni bodohlah Hazrel . Terlalu bodoh dengan cinta sampaikan you tak boleh beza mana satu hubungan yang ikhlas mana satu yang tak ikhlas ." - Aleeya Irene

"Aku jadi bodoh sebab aku terlalu sayangkan kau . Aku tak boleh bezakan mana satu ikhlas mana satu tak ikhlas sebab aku dah buta dengan cinta aku pada kau . Kau dah hancurkan aku ." - Hazrel Hakeem

🌹

Kehidupan Hazrel berubah sekelip mata disebabkan kejadian itu sekaligus membuatkan dia tewas dengan mentalnya sendiri . Berbulan lamanya menantikan kemunculan kembali , Hazrel berjaya bangkit daripada kehidupan lama namun dia berubah menjadi seorang pembenci .

Tatkala hadirnya seorang wanita di dalam kehidupan Hazrel dan abang kembarnya Hezry Hazeem membuatkan Hezry berusaha menyatukan adiknya dan Qaseh Adelea . Adelea yang ketika itu tanpa sengaja telah jatuh hati pada Hazrel membuatkan Hezry sedaya upaya membantu Adelea mendapatkan adiknya .

🌹

"Aku janji dengan kau Adelea . Aku akan pastikan Hazrel menjadi milik kau buat selama - lamanya in Syaa Allah ." - Hezry Hazeem

🌹

Rancangan Hezry berjaya namun hidup Adelea hancur dengan sekelip mata . Pelbagai cabaran hadir satu persatu sehingga membuatkan Hezry menaruh dendam besar terhadap Aleeya Irene .

🌹

"Kau nak buat apa Hezry ? Tolonglah jangan bunuh aku . Apa salah aku dekat kau ?" - Aleeya Irene

"Baru sekarang kau takut mati ke ? Memang betul kau tak ada salah dekat aku tapi kau ada salah dengan adik aku . Kau jangan lupa tu Aleeya ." - Hezry Hazeem

🌹

Perjalanan Adelea menjadi semakin sukar di saat Hazrel mulai membenci dirinya dengan begitu mendalam sehinggalah ikatan yang terbina juga semuanya seakan tiada erti .

🌹

"Saya pertahankan awak sebab saya cintakan awak . Saya berani bersuara sekarang sebab saya tak nak awak terus hidup dengan masa silam awak ." - Qaseh Adelea

"Kau merepek apa ni Adelea ? Aku tak suruh kau ambil berat pasal aku . Jadi kau tak payah beria nak berkias dekat depan aku ." - Hazrel Hakeem

🌹

Saban hari kehidupan mereka semakin teruji sehinggalah seseorang hadir menuntut dendam yang terpendam . Arief Zakuan , bekas kekasih Aleeya Irene mendahagakan nyawa Hazrel sebagai galang ganti .

Ikuti episod duka yang menerpa perjalanan hidup mereka . Apakah Adelea berjaya dengan cintanya pada Hazrel atau Hazrel terlebih dahulu menumpaskan cinta sucinya dan bagaimana pula percaturan Hezry di dalam misi membalas kembali perbuatan Aleeya terhadap Hazrel ?

  " BERSAMAMU BUKANLAH SUATU
          MIMPI , TETAPI IA DOAKU "

              🌹Selamat Membaca🌹

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now