BAB 21

25 2 0
                                    

Beberapa minggu telah pun berlalu . Hazrel sudah dibenarkan keluar daripada hospital . Dia juga telah menduduki peperiksaan akhirnya . Selama beberapa minggu ini juga Adelea menjauhkan diri daripada Hezry . Jujur , dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana masih gagal mendapatkan cinta Hazrel Hakeem .

" Kenapa kau jauhkan diri kau daripada aku sekarang ? "

Adelea hanya diam dan meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan Hezry . Hezry yang terus menerus memberi tekanan kepada Adelea membuatkan dia hilang sabar .

" Cukup Hezry . Saya tak nak dekat dengan awak . Hati saya sakit bila Hazrel sikit pun tak nak pandang saya . Sekarang lebih baik saya jauhkan diri daripada awak . "

" Aku bukan Hazrel . Kau boleh kawan dengan aku . " Jawab Hezry dengan nada yang mendatar .

" Kawan dengan awak ? rupa paras awak , suara awak dan senyuman awak semuanya mengingatkan saya pada adik awak Hezry . "

Lama mereka berdua mendiamkan diri dan akhirnya jawapan Adelea membuatkan Hezry sedikit tersentak .

" Kita pun dah habis belajar dan akan bawa haluan masing - masing . Saya nak move on . Cukup sampai sini . "

" Kau tak boleh lupakan adik aku . "

" Kenapa ? lelaki jenis apa awak Hezry sampai sanggup gadaikan perasaan kawan sendiri ? awak nak saya kejar Hazrel ? awak sedar tak Hazrel sikit pun tak pernah buka ruang dalam hati dia untuk saya ? " Nada Adelea kali ini berubah menjadi sedih dan sayu dengan serta merta .

" Aku nak kau cuba dapatkan Hazrel . Tak kira apa cara sekalipun kau kena kahwin dengan Hazrel .

Adelea amat terkejut dengan kata - kata Hezry . Dia ? berkahwin dengan Hazrel ? semuanya mustahil !

" Apa awak merepek Hezry ? bukan saya yang ada yang dalam hati dia . Awak nak suruh saya buat apa ? cukuplah Hezry . Saya nak balik !

Saat Adelea ingin melangkah , kedengaran Hezry sedang memainkan rakaman suaranya . Dia menoleh ke belakang . Benar ! Itu adalah rakaman suaranya di hospital tempoh hari ketika dia melawat Hazrel .

" Saya cintakan awak Hazrel . Dari hari mula saya jumpa awak , saya jatuh hati pada awak Hazrel . Saya tahu awak tak suka dengan saya tapi jujur hanya ada awak dalam hati saya . Saya ikhlas cintakan awak kerana Allah .

Melihat Adelea sudah membisu , Hezry mematikan rakaman itu semula .

" Kau nak aku aku perdengarkan semua ni pada mummy dengan daddy ? ataupun pada Hazrel ? "

" Apa maksud awak Hezry ? "

" Aku cuma nak bantu kau . Kau cintakan Hazrel kan ? sampai bila kau nak diam dan pendam perasaan kau . Aku tak bodoh macam Hazrel . Walaupun aku tak pernah bercinta tapi aku tahu sakitnya macam mana tengok orang yang kita sayang jatuh ke tangan orang lain . " Jelas Hezry .

" Kenapa awak nak sangat saya bersatu dengan adik awak sedangkan awak tahu cinta dia untuk orang lain . "

" Aku nampak kesungguhan dalam mata kau Adelea . Aku nampak setiap keikhlasan yang ada dalam diri kau tapi sekarang kenapa kau putus asa untuk terus mencintai Hazrel ? "

" Orang yang layak berada di sisi Hazrel adalah Aleeya bukannya saya . "

" Mana kau tahu pasal Aleeya ? "

" Izzat ada bagitahu dekat saya tapi awak jangan salahkan dia . Saya yang desak dia untuk cerita tentang hubungan diorang dulu . "

" Aku bagi kau peluang tapi kau pilih untuk sakitkan hati kau . Aku tak nak tahu hujung bulan depan , aku akan pastikan rombongan meminang sampai depan rumah kau Adelea . "

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now