BAB 02

78 5 0
                                    

Datin Zafiera sedang sibuk menyiram tanaman bunganya di belakang saat dicari oleh anaknya Hezry Hazeem .

"Mummy buat apa ni ?" tanya Hezry dengan raut wajah yang selamba .

"Goreng ikan sayang ."

"Alaaa mummyy ni orang tanya sikit pun tak boleh ke ?" kata Hezry dengan nada yang seakan merajuk .

"Bukan tak boleh tapi terang - terang nampak mummy pegang paip tengah siram pokok lagi di tanya tengah buat apa ." jelas Datin Zafiera bersahaja .

"Mummy pun dah jadi macam Hazrel . Asyik serius je memanjang sampai tak boleh nak sebut apa - apa ."

"Bukan serius sayang . Merajuk dah ke ? Ala sayang mummy meh sini Hezry sayang ." Datin Zafiera mendepakan tangannya menanti pelukan dari kembar sulung itu .

Hezry mendekati Datin Zafiera dan memeluk erat tubuh ibunya . Mereka berpelukan dan disaksikan semesta Tuhan yang luas terbentang . Hezry Hazeem sememangnya seorang anak yang manja dan juga penyayang berbanding Hazrel Hakeem yang agak sedikit kasar dan juga egois .

.....

Hazrel yang baru sahaja selesai mandi mendekatkan dirinya di hadapan cermin di bilik tidur .

"Come on Hazrel Hakeem , it's time for comeback ." matanya yang berwarna coklat menatap cermin di depannya . Jelas terpancar amarah yang besar terhadap seseorang .

Lamunan Hazrel terhenti saat pintu biliknya diketuk dan kali ini ketukan itu lebih perlahan . Bermakna yang menanti di pintu bukanlah Hezry .
Dia membuka pintu bilik dan ternyata pembantu rumah mereka iaitu Mak Yam ingin menghantar makanan tengah harinya .

"Tiga bulan lebih dah Mak Yam hantar makanan dekat Hazrel . Mak Yam ni tak penat ke ?" tanya Hazrel sambil tangan menyambut dulang yang berisi nasi dan juga air .

"Kerja Mak Yam kan kena pastikan anak - anak Mak Yam makan . Mana boleh Mak Yam penat ." badan tua yang tak lokek dengan senyuman itu cukup disenangi oleh seluruh ahli keluarga . Mak Yam lah yang selalu menjaga Hezry dan Hazrel di saat Datin Zafiera sibuk dalam mengikuti Dato' Hefdy bekerja di luar negeri .

"Hazrel makan tau . Ubat gastrik ada lagi tak ? Kalau tak ada Mak Yam nak minta Pak Leman belikan ." Mak Yam sangatlah mengambil berat keadaan Hazrel berikutan penyakit gastrik nya sering menyerang ketika ini .

"Mak Yam jangan risau nanti Hazrel makan . Ubat pun ada banyak lagi ." jawab Hazrel kepada Mak Yam .

"Kalau macam tu Mak Yam turun bawah dulu . Hazrel nak apa - apa nanti Hazrel panggil Mak Yam tau ."

Hazrel mengangguk dan mengiyakan pesanan Mak Yam . Pintu bilik yang terbuka luas ditutup semula saat kelibat Mak Yam tidak lagi kelihatan . Dulang yang di atas meja ditenung lama . Sedap , tapi seleranya tiada . Dia merebahkan badannya di atas katil , telefon yang lama tersadai kini diambil . Jari jemarinya pantas menghubungi seseorang .

"Assalamualaikum cinta hatiku ." kedengaran suara manja Hezry di hujung telefon .

"Waalaikumsalam baby . Dekat mana tu ? Tak jumpa jalan balik rumah lagi ke ?" jawab Hazrel .

"On the way dah ni cinta ."

"Kepala bapak kau on the way . Kau dekat mana ? Dah tengah hari tak sampai rumah lagi padahal hari ni class pagi sampai pukul 10 je ." kini nada Hazrel sudah sedikit garang .

"On the way baliklah ni yang kau tak menyabar sangat kenapa Hazrel ?" soal Hezry kepada adiknya Hazrel .

"Bukan apa naik FD takkanlah enjin K24 kau pergi macam siput jugak sampai pukul 1 tak nampak batang hidung depan rumah lagi ?"

"Boleh tahan jugak mulut kau ni kan ha kau sabar jap nanti aku sampai ." Hezry ketawa saat diusik Hazrel .

"Aku bagi kau 30 minit . Kalau kau tak sampai rumah dalam masa 30 minit , kau payung jajan baru kereta aku untuk bulan depan . Tak minta banyak aku nak bodypart Mugen , Caliper Brembo , Adjustable baru dengan Headlamp FD2R ori je ."

"Aiii kau tamak sangat tak baik tau itu semua amalan syaitan yang direjam . Jap lah nak sampai dah ni ."

"Hmm okeylah jumpa sekejap lagi ." Hazrel mematikan panggilan saat mendapat respon dari Hezry . Dia lantas bangun dan mengambil sepinggan nasi yang berada di dalam dulang di atas meja . Seleranya tiada namun terpaksa jua dia gagahi kerana bimbang sakit gastriknya kembali .

.....

Izzat dan Fahimie berjalan keluar dari perpustakaan . Mereka berdua adalah sahabat baik Hazrel dan juga Hezry .

"Apahal awal sangat si Hezry balik tadi ? Selalu lepak library dulu dengan kita ." tanya Fahimie kepada Izzat .

"Nak balik teman Hazrel dekat rumah kot . Kau ni macam tak kenal kembar . Diorang kan tak boleh berpisah ."

"Hazrel bila nak masuk class ? Lama dah aku tak kena kacau dengan dia ." Fahimie mengeluh panjang . Dulu ketika Hazrel ada , dia pasti disakat .

"Entahlah aku pun tak tahu . Nanti kalau dia dah masuk class pun belum tentu perangai dia masih lagi Hazrel yang dulu . Kau sendiri tahu kan betapa kecewanya dia dengan apa yang dah jadi ." jelas Izzat dengan panjang lebar .

Jauh di sudut hati , Izzat juga merindui gelagat Hazrel . Meskipun Hezry masih ada bersama , kesunyian tetap terasa dan kekosongan masih jelas terserlah tiap kali mereka melakukan sesuatu .

"Kita doa yang terbaik untuk Hazrel . Semoga Allah SWT angkat setiap satu kekecewaan dan kehancuran dia ."

Fahimie mengangguk tanda setuju dan jalan beriringan Izzat menuju ke ruang parkir kereta . Jam sudah pun menunjukkan angka 2 petang dan ini bermakna pengajian mereka telah selesai untuk hari ini . Masing - masing mengambil kereta dan berpisah mengikut haluan mereka .

.....

Terdengar deruan enjin kenderaan milik Hezry memecah kesunyian kawasan perumahan mereka . Hazrel yang sudah berdiri di muka pintu menyilangkan tangannya di dada .

"Kau dah kenapa tunggu aku depan pintu ?" soal Hezry tatkala tiba di hadapan Hazrel .

"Tak ada lah aku bosan sebenarnya . Mummy tak ada , dia dah keluar dengan Aunty Sofea . Takkan lah aku nak kacau Mak Yam dengan Pak Leman kot ?" Hazrel mengikuti langkah Hezry yang menuju ke ruang tamu rumah agam mereka .

"Itulah kau orang ajak pergi class kau tak nak . Konon nak berkurung dalam rumah , nak healing ." Hezry menjeling ke arah Hazrel yang mengikutinya dari belakang .

"Bukan aku tak nak pergi tapi kau faham tak aku tak nak bila aku pergi , aku akan rindukan Aleeya ."

"Aleeya tak ada dekat sana . Kau patutnya buang semua kenangan kau dengan dia . Kau tak boleh hidup dengan masa lalu kau . Aleeya tu dah jadi masa silam kau faham tak ? Tolonglah Hazrel . Jangan disebabkan seorang perempuan , kau hancurkan masa depan kau sendiri ." nada Hezry kedengaran tegas kali ini . Dia tidak mahu Hazrel terus hidup dengan kenangan silamnya sendiri .

"Dengar sini baik - baik , aku tak marah kau . Aku cuma nasihat kau sebagai seorang abang . Kau kena buka minda kau Hazrel . Jangan jadi lemah disebabkan perempuan . Aku nak kau ikut aku pergi class esok ."

"Tengoklah nanti aku fikir . Aku naik dulu ." Hazrel terus saja melangkah meninggalkan Hezry yang sedang berehat di ruang tamu . Langkahnya tidak dihalang Hezry . Hezry juga sudah faham dengan sikap dingin Hazrel yang tidak suka ditegur . Dia meneruskan rehatnya di situ tanpa mempedulikan sesiapa pun .

  " BERSAMAMU BUKANLAH SUATU
         MIMPI , TETAPI IA DOAKU "

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now