BAB 06

52 3 0
                                    

Qaseh Adelea duduk bersendirian di meja batu bawah pohon berhampiran kantin . Telefonnya di pusing pusing oleh jarinya . Dia berfikir bagaimana
caranya dia ingin mendekati Hazrel .

"Patut ke aku dekat dengan Hezry dulu ? Hezry dengan Hazrel sama je tak ada perbezaan pun ."

Hezry yang lebih mudah didekati membuatkan Adelea berfikir sesuatu .
Niatnya hanya untuk mendekati Hazrel . Adelea merasakan hatinya sudah berpaut kepada Hazrel di saat pertama kali mereka bertemu di
dalam kelas tempoh hari .

.....

Suasana bilik gamat dengan bunyi tembakan yang bertubi - tubi . Hezry yang sudah semakin cekap dan bijak mengatur gerak matanya sudah pun mampu mengendalikan setiap satu sasarannya . Idlan dan Edri hanya menjadi " mata " dari belakang .

"Kau rasa kenapa Hezry berdendam sangat dengan Aleeya ? kalau Hazrel tu aku fahamlah sebab dia yang lalui tapi Hezry ? apa motif dia ?" tanya Idlan kepada Edri yang sedang leka memerhatikan Hezry .

"Kau tahu macam mana sayangnya dia dekat Hazrel kan ?"

"Mestilah aku tahu ." jawab Idlan .

"Hezry bagi aku dia special . Dia ada dua karakter yang berbeza dalam satu masa . Dia boleh manja macam kucing tapi ada masa dia boleh jadi lebih ganas daripada serigala ."

Idlan yang tercengang berusaha memahami jawapan Edri sebentar tadi . Secara jujur dia juga kadang kala tidak mengerti bagaimana cara pembawakan Hezry sebenarnya .

"Satu je yang aku harap dari dia . Aku nak dia berjuang sehabis baik untuk pulihkan keadaan mental Hazrel macam dulu balik . Kita sebagai orang kepercayaan dato' dan datin kena main peranan besar untuk lindungi kedua dua anak mereka ." jelas Edri dengan panjang dan lebar .

"Kita cuma mampu buat kerja kita tapi apa yang budak budak tu nak buat kita tak boleh jangka . Diorang bukan budak kecik lagi ." Idlan mengingatkan Edri .

Edri yang ingin melangkah mendekati Hezry terhenti apabila dia mendengar kata kata dan juga pesanan daripada Idlan . Jujur apa saja yang dikatakan Idlan memang benar tetapi sekurang kurangnya mereka sudah melakukan yang terbaik untuk melindungi pasangan kembar itu .

"Tak apa selebihnya tawakal . Mudah mudahan Hezry dan Hazrel tak buat benda yang bukan bukan ."

Idlan mengangguk tanda faham . Mereka berdua berlalu keluar daripada bilik itu dan meninggalkan Hezry bersendirian . Hezry yang langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling meneruskan apa yang sedang dilakukannya .

.....

Mak Yam yang sibuk mencuci barangan basah yang dibelinya di pasar bersama Pak Leman tadi tersentak tatkala mendengar jeritan dan pekikan Hazrel . Dia yang terkejut lantas berlari menuju ke tingkat atas .

"Hazreeeeelllllll .. Hazrel buka pintu ." Mak Yam yang buntu kerana Hazrel masih terjerit di dalam bilik turun ke bawah dan mencari Pak Leman . Mak Yam memberitahu Pak Leman yang sedang membasuh kereta .

Mendengar saja cerita Mak Yam , Pak Leman segera meninggalkan kerjanya dan berlari menaiki tangga ke tingkat atas . Langkahnya diikuti Mak Yam .

"Kenapaaaaa Aleeeyyaaaaa ?"

"Aku sayangggggkkkkaann kau ."

"Baliklahhhhhhhhh Aleeyaaaaa !"

"Aku rinduuuuu kau Aleyaa ! "

Jeritan Hazrel yang diiringi tangisannya membuatkan Mak Yam dan Pak Leman semakin tidak keruan . Pak Leman berusaha memecahkan pintu namun tidak berhasil . Kudratnya sudah tidak sekuat dulu . Seketika kemudian kedengaran deruan enjin kereta Hezry memecah keheningan sunyi . Kini giliran Pak Leman pula yang berlari mendapatkan Hezry . Hezry yang terkejut lantas naik untuk memecahkan pintu bilik Hazrel . Dengan dua kali percubaan , pintu bilik Hazrel terbuka . Hezry berlari mendapatkan Hazrel yang sudah mengamuk seperti orang gila .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now