BAB 08

44 1 0
                                    

Hazrel dan Hezry berjalan beriringan menuju ke kelas mereka . Hari ini merupakan hari terakhir sebelum cuti semester bermula . Langkah mereka terhenti apabila Adelea menyapa dari belakang .

"Hai kembar , nak pergi mana ?" sapa Adelea sambil tersenyum .

"Pergi mana pun bukan urusan kau . Pagi - pagi buta dah menyibuk hal orang ." Hazrel menjawab sambil membetulkan rambutnya . Hezry yang melihat hanya menggelengkan kepala .

"Kitorang nak pergi class . Jomlah jalan sama - sama ." lengan Hezry disiku oleh adiknya .

"Kau apahal ajak dia jalan sekali ?" kata Hazrel dengan raut wajah yang marah .

"Tak apalah lagipun kita satu class ."

Adelea bersyukur kerana Hezry masih membelanya . Dia tidak tahu mengapa Hazrel berperangai sedemikian sedangkan dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan kepadanya kecuali menegurnya tempoh hari .

"Lantak koranglah . Aku gerak dulu ." Hazrel melangkah meninggalkan abangnya dan juga Qaseh Adelea . Dia tidak menyahut meskipun Hezry sedang memanggil namanya .

"Biarlah dia , kita jalan dua jela . Aku minta maaflah pasal Hazrel tu . Dia dengan perempuan memang tak pernah ngam langsung sekarang ." Jelas Hezry kepada Adelea .

"Apa maksud awak sekarang ?" tanya Adelea . Adelea dan Hezry berjalan beriringan menuju ke kelas .

"Panjang ceritanya . Kalau nak cerita sampai esok tak habis ."

"Awak pendekkan jela ." jawab Adelea .

"Hazrel tu pernah dicurangi . Berbulan bulan lamanya dia hidup menderita sedangkan pihak sana bahagia . Sekarang dia dah tak percayakan perempuan kecuali mummy dan Mak Yam ." Jelas Hezry panjang lebar .

"Mak Yam tu siapa pulak ?"

"Mak Yam orang gaji dekat rumah kitorang merangkap penjaga aku dengan Hazrel lah ." kata Hezry sambil memandang ke arah Adelea .

"Kau ada hati dekat Hazrel ke ?" sambung Hezry lagi tatkala dia melihat Adelea seakan tertarik dengan kembarnya .

"Ish apa awak merepek ni ? Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan Hazrel tu . Berdiri sebelah dia pun saya tak layaklah Hezry ." jawab Adelea dengan penuh rendah hati .

"Habis tu kau berdiri sebelah aku ni layak pulak ? Aku dengan Hazrel sama je kitorang kan kembar ."

Mendengar saja kata - kata Hezry , Adelea menghentikan langkahnya . Hezry yang menyedari tindakan Adelea pantas memohon maaf .

"Aku gurau jela . Kau serius sangatlah kadang kadang ." kata Hezry kepada Adelea .

"Dengan awak lain Hezry . Dengan Hazrel ... ." lidahnya kelu dan tidak berani berkata - kata lagi . Adelea bimbang jika dia terlepas cakap kepada Hezry tentang perasaannya terhadap Hazrel .

"Dengan Hazrel ? Kau suka dia kan ? Mengaku jela Adelea . Tak payah kau nak berselindung dengan aku ." Hezry mengejar langkah Adelea yang semakin laju ke depan .

"Weh tunggu lah . Kau apahal laju semacam ."

"Tak ada apa - apa ." jawab Adelea dengan ringkas .

"Kau suka Hazrel kan ?" tanya Hezry lagi . Hezry beranggapan sekiranya benar Adelea menyukai adiknya , inilah kesempatan yang boleh dia ambil untuk membantu Adelea mendapatkan Hazrel . Jika mereka bersama , kemungkinan besar Hazrel mampu untuk melupakan cintanya terhadap Aleeya Irene .

"Dah lah awak kita tak payah cakap pasal ni boleh ? Saya tak nak awak fikir bukan - bukan pasal saya ." Adelea berdalih kerana tidak mahu Hezry semakin mencurigainya .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now