BAB 59

35 0 0
                                    

Aleeya mengemaskan dirinya dan dia juga memperbetulkan rambutnya yang sedikit kusut kerana aktiviti pagi tadi . Beberapa ketika datang seorang pegawai wanita menghampiri lokap yang dia sedang duduki sekarang .

"Aleeya Irene ! Ada pelawat . Boleh keluar ke ruang lawatan sekarang ." ujar pegawai tersebut lalu membuka pintu sel dengan kunci yang sedang berada di dalam genggaman tangan .

Aleeya tersenyum riang . Dia yakin itu pasti Hezry . Sudah menjadi rutin untuk Hezry pada setiap minggu iaitu datang melawatnya di " rumah baru " . Aleeya terus berjalan sambil diiringi oleh pegawai yang lebih mesra di panggil dengan nama cikgu Elly .

Sampainya dia di ruang lawatan iaitu tempat untuk para banduan bertemu dengan keluarga masing - masing , dia terus mencari kelibat suaminya . Dari jauh dia dah nampak senyuman Hezry . Aleeya berjalan menghampiri Hezry yang tidak jauh daripadanya .

"Assalamualaikum suami ." ujar Aleeya sambil tersengih di hadapan Hezry .

"Waalaikumussalam isteriku . Isteri sihat ke ?" kata Hezry . Hati dia kini tenang saat dapat melihat Aleeya .

Selalunya mereka hanya berhubung menggunakan panggilan telefon dan adanya dinding jaring yang menjadi penghadang namun hari ini dia dapat menyentuh hangat susuk tubuh yang sudah sekian lamanya dia rindukan .

"Sihat . Awak bawa apa untuk saya ?" tanya Aleeya sambil mengerling ke arah bungkusan plastik di atas meja .

"Nah ini keperluan kau nanti kalau dah habis aku hantar hujung bulan ni ya sebab minggu depan aku nak kena teman ex boyfriend kau pergi mahkamah . Urusan apa entah aku pun tak tahu . Aku teman dia je ."

"Lah Hazrel dengan Adelea tetap nak bercerai ke ?" Aleeya sedikit kecewa mendengar kata - kata Hezry .

"Jadi kot sebab Adelea dah pun tuntut perceraian . Nak tak nak Hazrel kena jalani prosedur perdamaian dulu ."

"Saya tak fahamlah Hezry .. Siapa yang berubah hati ? Mustahil Adelea dah tak cintakan adik awak .. Peliklah Hezry ."

"Itu aku tak tahu . Mungkin jodoh diorang sampai sini je . Doalah yang baik - baik untuk Hazrel dan Adelea ."

Aleeya hanya mengangguk . Dia tak sangka hubungan Hazrel dan Adelea retak meskipun " penghalang " mereka sudah pun tiada . Dia kira Hazrel dah betul - betul berbaik dengan isterinya .

"Sekarang ini kita tutup cerita pasal diorang . Aku bukan datang sini sebab nak bercerita pasal adik aku . Aku nak tahu pasal kau . Kau sekarang macam mana ?" tanya Hezry kepada Aleeya . Dia perasan keadaan isterinya yang nampak seakan lain dari yang lain .

"Saya okey awak janganlah risau ."

"Sumpahlah okey ?" sekilas Hezry merenung wajah Aleeya yang sudah sedikit gelap daripada kulit asalnya .

"Tenung apa ? Tahulah saya dah tak cantik macam dulu . Awak tak payahlah nak tengok sangat ."

"Bukan tak cantik tapi kulit kau dah terbakar . Baru dua tahun dekat sini ."

"Sini tak ada sunscreen . Pakai niat aje tiap kali nak keluar buat aktiviti dekat luar . Foundation pun pakai niat tau .. Semua pakai niat sebenarnya ."

Tergelak Hezry dibuatnya . Aleeya itu sangat sukakan kecantikan . Di rumah banyak alat make up dan juga skincare yang sudah berhabuk kerana tak ada siapa yang nak pakai dan guna . Hezry hanya pakai apa yang dia boleh pakai iaitu pencuci muka dan sebagainya .

"Tak apalah nanti kau dah bebas aku belanja kau dari atas sampai bawah . Sekarang pun kau cantik ! Jangan risau aku tetap sayang kau walaupun kau tu dah hitam sikit . Dulu putih sebab kau asyik mandi " duit " akukan ?"

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now