BAB 43

57 3 0
                                    

Zakuan membuka kain yang menutupi mata Hazrel dan mencampakkannya ke atas lantai . Sudah sekian lama dia menantikan detik ini . Akhirnya tiba jua . Hazrel telah berada padanya .

"Woi bangun !" badan Hazrel ditolak berulang kali dengan sebatang kayu .

Hazrel yang terjaga lantas membuka mata . Pandangan yang masih lagi kabur membuatkan dia tidak dapat mengenalpasti lokasi sebenarnya .

"Aku dekat mana ?" lemah suara Hazrel menyapa segenap ruang . Dia memandang ke arah Zakuan dan dua orangnya yang berada di belakang .

"Kau dekat satu tempat yang akan membawa kau ke syurga . Sekejap lagi bila abang kesayangan kau dah sampai , dia akan teman kau . Kau jangan risau . Aku akan hantar korang dua jumpa Tuhan sama - sama ." jawab Zakuan dengan penuh yakin .

"Kau memang sial lah ! Kau nak apa daripada aku ? Kau nak duit ke ? Kau nak berapa juta pun aku boleh bagilah . Tujuh keturunan kau pun aku mampu tanggunglah barua ." nada suara Hazrel berubah tinggi serta - merta .

"Memang orang kaya macam ni ke ? Asal kena culik sikit je terus offer nak bagi duit . Kau ingat aku nak sangat duit kau ? Aku miskin macam mana pun aku tak tergamak nak makan hasil titik peluh kau . Bukannya apa kau kan ada penyakit mental . Apa orang panggil ? Trauma ? Betul tak Hazrel ?" kata - kata Zakuan akhirnya mengundang tawa dua lagi anak buahnya yang berada di belakang .

"Weh barua kau lepas aku sekarang ! Tak jantanlah main ikat - ikat macam ni . Patutlah Aleeya tinggalkan kau dan cari Hezry rupanya kau pun spesies lelaki pengecut ." dengan beraninya Hazrel meludah ke arah Zakuan . Ludahannya mengena jaket yang dipakai oleh lelaki itu .

"Boleh tahan sial jugak perangai kau ni ! Kau memang meminta Hazrel ." kayu yang berada di tangan dihayunkan tepat ke muka Hazrel . Dia mengulangi perbuatannya berulang kali dan kali ini pada anggota badan Hazrel pula .

Hazrel jatuh daripada kerusi yang dia duduki tadi . Tubuhnya yang sudah lemah di atas lantai dikuis dengan kayu pada tangan Zakuan .

"Come on Hazrel Hakeem . Tadi berani sangat melawan ! Kenapa kau diam ?" Zakuan tergelak sinis melihat Hazrel sedang mengerang kesakitan dengan kaki dan tangan yang terikat . Darah pekat mengalir di mana - mana .

"Kau memang lelaki tak guna Zakuan ." Hazrel masih lagi berani bersuara menentang lelaki itu meskipun dirinya sudah dipukul dengan teruk .

"Aku lelaki tak guna ? Kau tu lagi tak guna Hazrel . Orang semua nakkan anak sebagai pengikat kasih sayang tapi kau ! Kau buat isteri kau gugur ! Kau cederakan dia luar dalam ! Kau lagi syaitan Hazrel Hakeem ."

"Adelea .. " hanya itu yang keluar dari mulut Hazrel ketika ini . Air matanya bergenang memikirkan apa yang sudah dia lakukan pada wanita itu . Dia dah tak fikir bagaimana Zakuan mengetahui hal itu .

"Kenapa ? Kau nak menyesal ? Kau nak menyesal pun dah tak guna Hazrel . Sebab apa ? Sebab sekejap lagi kau akan mati ! Kau tak akan sempat jumpa isteri kau lagi dah ."

Hazrel tidak mampu berbuat apa - apa . Darah kian mengalir di tepi bibirnya . Seluruh anggota badan Hazrel terasa sakit yang teramat .

.....

Hezry menarik nafas panjang sebelum keluar dari kereta . Baru sahaja dia melangkah , tubuhnya telah ditarik oleh dua orang lelaki . Sah ! Itu pasti orang - orang Zakuan .

"Lepaskan aku ! Tak payahlah nak pegang - pegang dengan tangan kotor kau ." seraya itu tubuh Hazrel ditolak jatuh betul - betul tidak jauh dari Hazrel . Dia ingin mendapatkan Hazrel namun ditahan oleh anak buah Zakuan .

"Lepas .. Hazrel ! Hazrellll ! Woi lepaslah sial ." jeritan Hezry membuatkan Zakuan bertambah bengang . Dia mendekati lelaki itu dan menghadiahkan buku lima padanya . Jika orang - orang Zakuan tidak memegangnya pada dia sudah tersungkur ke lantai .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now